Cinta & Perhubungan

Kamu Ada Kawan Online? Ini Yang Best Tentang Mereka

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Kamu Ada Kawan Online? Ini Yang Best Tentang Mereka

Tiba-tiba anda ketawa seorang diri bila seronok chat dengan kawan online. Anda luahkan masalah anda pada kawan online, rasa senang hati dan gembira. Malah, anda sanggup tidak tidur malam untuk bersembang/chat dengan kawan online anda, pelbagai perkara anda cakapkan sehingga langsung tidak menghiraukan masa dan kesihatan.

Banyak artikel berkaitan kesan negatif media sosial dan kehidupan maya yang anda baca tetapi satu pun tidak masuk dalam kepala. Malah, anda tidak kisah jika kawan anda hanya kalangan kawan online sahaja. Anda lebih gembira dengan cara ini.

Agaknya kenapa kawan online menyeronokkan?

IKLAN

Boleh memilih sesiapa sahaja untuk berkawan

Seronoknya tentang kawan online ialah anda tiada terhad, sesiapa sahaja boleh jadi kawan online. Yang penting jika anda pergi ke sesuatu tempat, anda kisahkan telefon pintar atau komputer riba dan cari kawasan yang ada spot wifi agar anda boleh online.

Foto – Post

Bercakap dengan kawan online pada bila-bila masa sahaja

Ya, bila-bila masa anda boleh berborak, bersembang panjang dengan kawan online anda. Bila anda ada sesuatu untuk dikatakan, kawan online sentiasa ada.

Tidak perlu berpakaian cantik

Itu yang malas bila berjumpa dengan kawan, kena bersiap. Tapi bila dengan kawan online, tidak perlu semua itu, pakai pijama atau baju tidur sahaja pun tidak jadi masalah. Muka bangun tidur sambil online pun tiada siapa yang marah.

Foto – Reader’s Digest

Berkongsi dan bercerita tentang apa sahaja

Ya, ini sudah pasti. Ramai berpendapat dinding siber lebih berkesan daripada membuat pengakuan secara face to face. Anda bebas mengadu, mengaku, merengek, menagih simpati dan pelbagai lagi dengan sekumpulan kawan online yang tidak pernah bertemu anda atau tidak mengenali keluarga, sahabat handai, kenalan rapat.

IKLAN

Tiada siapa yang berkecil hati atau terasa hati

Contohnya, anda terlalu busy sehingga tiada masa untuk online. Anda terus memberitahu mereka tanpa ada rasa kecewa atau berkecil hati. Mudah sahaja!

Foto – Live About

Boleh mengenali dan mempelajari sesuatu

Internet memudahkan hidup anda, apa sahaja ada di internet. Nak cari kawan juga boleh, malah terima kasih pada internet kerana anda boleh mempelajari sesuatu atau mengenali seseorang yang banyak memberi tunjuk ajar walaupun anda tidak pernah berjumpa dengannya.

Anda ada kawan yang tak pernah jumpa in real life, dan hanya secara online je?