Makanan

Antara Sayur Goreng Dan Sayur Rebus Mana Lebih Berkhasiat

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Antara Sayur Goreng Dan Sayur Rebus Mana Lebih Berkhasiat

Wanita masa kini lebih bijak menjaga kesihatan diri dan keluarga, dan aspek terpenting dalam menjaga kesihatan pastinya bermula dengan makanan.

Dengan pengambilan makanan yang berkhasiat serta jumlah pengambilan yang betul, tubuh akan menjadi sihat dan kuat.

Menyentuh soal pemakanan kebelakangan ini ramai juga yang menyentuh soal sayur, di mana sayur yang di masak secara goreng bagus untuk kesihatan. Manakala ada juga yang menyatakan sayur yang di masak secara rebus lagi baik.

IKLAN

Jadi mana yang lebih baik sebenarnya, jom kita semak mana lebih baik dan berkhasiat adakah sayur goreng atau sayur rebus.

Nak kurus?

Foto – Confiment Care Malaysia

Jika kamu berniat nak menurunkan berat badan maka pelan diet yang harus kamu ambil adalah kena rajin makan sayur rebus.

Sayur memiliki rendah kalori tetapi tinggi nutrisi dan memiliki kandungan air. Dengan sayur rebus yang bebas lemak, boleh membantu menurunkan berat badan.

Foto – Daily Mail

Tetapi lain pula kisah jika kamu kerap makan sayur yang bergoreng, kerana minyak masak yang menyerap ke dalam sayur tersebut mengandungi jumlah kalori, lemak yang tinggi.

Dan dalam masa yang sama mengubah kandungan vitamin dan mineral yang ada dalam sayur tersebut jika di goreng terutama sayur yang menggunakan kaedah masakan deep-fried.

Buah Pinggang Terjaga

Kita sebagai manusia biasa tidak terlepas dari menghidapi pelbagai jenis penyakit dan salah satunya mungkin buah pinggang, dan buah pinggan adalah antara salah satu organ dalaman yang penting dalam tubuh kita.

Foto – Naturopathic Doctor News And Review

Untuk menjaga kesihatan buah pinggang untuk jangka masa panjang, maka pemakanan sayur rebus adalah bagus untuk kamu, kerana sayur rebus mampu membuang 87 peratus kompaun pembentukan batu karang pada buah pinggang.

Manakala jika kamu ingin makan sayur bergoreng, digalakkan menggunakan minyak zaitun dan pastikan pengambilan sayur bergoreng adalah kurang.

IKLAN

Penghadaman Lebih Lancar

Foto – NDTV Food

Selalu ada masalah penghadaman?

Rajin-rajinlah makan sayur rebus kerana sayur rebus lebih mudah untuk di hadam dan cepat berasimilasi di dalam perut berbanding sayur goreng yang berminyak.

Tambahan lagi, sayur rebus lebih mudah untuk dikunyah dan ditelan, sesuai untuk di makan tatkala menghidapi demam panas atau mengalami masalah cirit-birit.

Rahsia Kulit Bersih Dan Sihat

Wanita mana yang tak mahu miliki kulit cantik dan sihat bukan? Dengan kerap memakan sayur rebus dalam menu harian, objektif tersebut boleh di capai.

Foto – Arkib Wanista

Ini kerana sayur rebus memiliki tinggi kandungan air dan nutrisi, seperti tinggi anti-oksidan dan anti-keradangan yang boleh menghalang masalah penyakit kulit.

Manakala sayur bergoreng pula mengandungi lemak tepu kerana penggunaan minyak yang diguna ketika menggoreng, dan jika kerap makan sayur bergoreng jangan tanya kenapa muka dan tubuh mudah naik jerawat pula!

Syoknya Rambut Lebat!

Foto – Arkib Wanista

Rambut selalu gugur dan ada bahagian di kepala yang nampak botak, kamu boleh selesaikan masalah ini dengan memakan sayur rebus dalam diet pemakanan harian dan haruslah konsisten dalam masa yang panjang jika nak miliki rambut lebat dan sihat.

Selain itu, nak cara lebih mudah ambil sayur lobak merah yang direbus kemudian leyekkan dengan menambah sedikit air hingga menjadi pes dan layurkan atas kulit kepala.

Biarkan hingga 30 minit dan basuh bersih kepala dan lakukan kaedah ini dengan kerap hingga rambut tumbuh dengan lebat.

Foto – Good Housekeeping

Sebenarnya lebih banyak khasiat memakan sayur rebus berbanding sayur bergoreng, pada yang ingin menjaga kesihatan dengan mengamalkan diet pemakanan sayur rebus InsyaAllah kamu akan nampak kesan kesihatannya untuk jangka masa panjang nanti.

Bagi yang sukar untuk memakan sayur rebus mungkin kamu boleh menggunakan minyak yang bagus untuk kesihatan seperti minyak zaitun untuk menggoreng sayur.

Selamat beramal!

Rujukan: 1, 2,