Cinta & Perhubungan

Jika Asyik Buat Benda Ini, Maka Anda Kekasih Yang Clingy

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Jika Asyik Buat Benda Ini, Maka Anda Kekasih Yang Clingy

“24 jam nak berkepit, tak rimas ke?”

Itu dah tahap clingy. Clingy bila teman lelaki dan teman wanita atau mungkin seseorang yang menyukai anda sentiasa nak bersama dengan anda, boleh jadi seperti taksub.

Mungkin perempuan yang clingy pilihan sesetengah lelaki. Tapi apabila terlalu manja dan asyik berkepit di sisi pasangan akan menimbulkan rasa rimas. Tak percaya, tengoklah nanti bila dah lama dalam perhubungan, ada yang bosan.

IKLAN

Nak tahu anda clingy atau tidak, nah Wanista kongsikan tanda-tandanya. Jangan cakap Wanista nak beri warning ye..

Tidak Beri Ruang

Memanglah seronok bila ada orang yang ambil berat tentang diri kita, tapi bayangkan kalau langsung tak berenggang, langsung tak ada ruang untuk diri sendiri. Tak rimas ke? Tahu tak, bagi lelaki ruang untuk diri sendiri adalah penting.

Foto – LovePanky

Dia perlu masa untuk bersama kawan lelaki yang lain untuk melakukan aktiviti dan hobi mereka. Berilah sedikit ruang, jangan jadi selfish, jangan ikut sangat perasaan.

Terlalu Masuk Campur

Masalah dia dengan kawan-kawan pun anda nak tahu. Paling menyampahkan bila anda sibuk nak menentukan dengan siapa dia berkawan. Mana yang baik, mana yang tidak. Jangan sampai anda menghasut agar dia menyingkirkan kawan dari hidup. Jangan terlalu masuk campur, hormatilah dia.

Tidak Selesa Bila Dia Bertemu Dengan Perempuan

Anda takut jika dia beralih arah dan jatuh cinta dengan yang lain? Ingat, lelaki bila dah bertemu dengan perempuan yang betul, dia akan hormati dan terima anda seadanya. Jangan fikir yang bukan-bukan.

Foto – Arkib Wanista

Anda perlu ambil masa untuk diri sendiri dan keluar bergembira bersama rakan-rakan. Jadi lebih yakin dengan kemampuan sendiri.

24 Jam Nama Dia

Hanya dia, dia, dia dalam kepala otak. Tiada orang lain yang buat anda happy melainkan si dia. Anda tak jemu bersama dengannya, nak tahu hala tujunya. Anda jadi benci jika dia punya agenda selain daripada keluar bertemu janji dengan anda.

Lagi satu anda nak dengar suaranya, nak mesej, nak bergayut di telefon berjam-jam. Sekali sekala bolehlah, tapi kalau dah setiap detik…. too much! Dia juga punya kerja lain selain melayan celoteh kekasih di talian. Tidak semua lelaki gemar bergayut di telefon berjam lamanya.

IKLAN

Curiga Sepanjang Masa

Bila dia menghabiskan masa dengan kawan, mulalah anda rasa sangsi dan curiga. Terdetik rasa tidak percaya pada si dia walhal anda tahu apa yang dilakukannya.

Foto – Love

Percaya itu penting dalam perhubungan. Merimaskan apabila semua perkara yang dilakukannya perlu mendapat persetujuan anda. Tidak semestinya bekerja lewat bererti dia keluar mencari perempuan lain.

Jadi, adakah anda kekasih yang clingy? Sayang pun berpada-pada, jangan sampai ia take over your life dan tak boleh buat benda lain. Get a life!