Kesihatan

Awas! Bad Desk Posture, Duduk Terlalu Lama Bahaya Daripada Merokok

Sofie Azizlan
/
[so-fe]
Awas! Bad Desk Posture, Duduk Terlalu Lama Bahaya Daripada Merokok

Sitting is the new smoking.”

Kebanyakkan kita menghabiskan masa lebih daripada enam jam untuk duduk pada setiap hari. Berbeza dengan bergerak, duduk terlalu lama memberikan kesan jangka masa pendek dan panjang kepada kesihatan dan badan.

IKLAN
Foto – Wellers Hill Physiotheraphy

Jika tabiat ini tidak diubah, bad desk posture boleh menjejaskan metabolisme badan, kurang sensitif kepada insulin, tidak membakar lemak dan kolestrol.

#1 BERAT BADAN 

Apabila bergerak, otot akan merembes molekul seperti lipoprotein lipase, membantu memproses lemak dan gula dalam badan. Jika menghabiskan sebahagian hari dengan hanya duduk, rembesan molekul ini berkurangan yang menyebabkan anda berisiko lebih tinggi untuk sindrom metabolik.

Foto – Bold Sky

Menurut satu kajian, lelaki mempunyai berat badan yang lebih di bahagian perut yang merupakan tempat paling berbahaya untuk menyimpan lemak.

#2 PINGGUL

Pinggul dan bahagian belakang terkesan akibat postur ini. Flexor pinggul anda akan menjadi pendek yang menyebabkan posisi duduk anda menyakitkannya. Postur buruk dapat memberikan tekanan pada cakera akan menyebabkan degenerasi pramatang dan sakit kronik.

Foto – The Indian Express

#3 KEBIMBANGAN DAN KEMURUNGAN

Risiko kemurungan dan kegelisahan lebih tinggi kepada orang yang banyak duduk. Kekurangan bergerak menyebabkan badan tidak menjadi cergas. Tetapi risiko-risiko ini dapat dikurangi dengan beberapa rawatan yang disarankan.

IKLAN
Foto – The Week

#4 PENYAKIT JANTUNG  

Duduk terlalu lama boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular. Lelaki menghabiskan lebih daripada 23 jam seminggu untuk duduk berisiko 64% untuk maut akibat penyakit kardiovaskular.

Foto – Healthline

Selain maut, risiko untuk mendapat serangan jantung dan strok juga sangat tinggi.

#5 BAHU DAN LEHER 

Selain pinggul, leher dan bahu juga akan terkesan akibat postur duduk yang teruk. Leher akan menjadi kejang akibat membongkok ketika melihat skrin komputer terlalu lama.

Foto – Healthline

Ketegangan pada bahu akan menyebabkan badan menjadi tidak selesa dan sakit kepala.

RAWATAN

Untuk membaiki bad desk posture ini, anda tidak memerlukan masa yang lama.

#1 NECK CIRCLES

Melalui senaman ini, otot akan mengecut dan meningkatkan fungsi tisu bagi membantu melindungi sendi. Senaman ini juga bagus untuk meregangkan bahu dan leher.

GIF – Lifestyle Asia

(3 X 6 Putaran: 3 putaran arah jam dan 3 putaran lawan jam)

#2 SPLIT SQUATS

Senaman ini berfokuskan kepada meregangkan fleksor pinggul. Jatuhkan lutut anda perlahan-lahan sehingga anda merasakan regangannya.

GIF – Lifestyle Asia

(3 X 12 Ulangan setiap kaki: berhenti sebentar ketika lutut di bawah)

#3 PUSH UP TO DOWNWARD DOG

GIF – Lifestyle Asia

Gabungan ini baik untuk meregangkan dan menguatkan dada serta meregangkan posterior chain yang akan menjadi ketat apabila duduk.

GIF – Lifestyle Asia

#4 SCAPTULAR ROTATIONS 

Regangan ini bertujuan untuk melegakan ketegangan pada bahagian atas belakang anda.

GIF – Lifestyle Asia

( 3 X 6 Putaran)

#5 FLOOR GLUTE BRIDGE RAISE

Berfokuskan kepada peregangan fleksor pinggul,  senaman glute bridge adalah kaedah baik untuk menguatkan otot untuk memberikan kesan yang berpanjangan.

GIF – Lifestyle Asia

(3 X 15 Ulangan: Berhenti sejenak ketika berada di atas)

Jika anda sering merasakan kesakitan dan mempunyai postur badan yang salah, ia akan mencederakan otot-otot badan anda serta memberikan keletihan yang berpanjangan. Anda perlu sentiasa ingat dan memperbaiki tabiat postur duduk yang buruk untuk lebih sihat dan produktif.

RUJUKAN : 1, 2, 3