Kecantikan

Ini Sebab Kita Kena Pakai Face Mist, 6 Jenama Best

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Ini Sebab Kita Kena Pakai Face Mist, 6 Jenama Best

Song Ji Hyo dan Park Bom bawa face mist ke mana saja berada. Kata Ji Hyo, bila terbabit dalam shooting, dia akan memastikan wajahnya punya penghidratan secukupnya.

Untuk pengetahuan semua, semburan penyegar wajah atau face mist bukanlah rutin yang paling asas dalam penjagaan kecantikan. Seperti yang kita ketahui, rutin yang asas merangkumi langkah membersih, menyegar dan melembab. Namun, tidak salah amalkan face mist untuk memberi kesan segar dan lembap pada wajah yang lesu seharian.

Kenapa kena pakai face mist?

Ia boleh membantu krim pelembab yang kamu gunakan menyerap khasiat dengan lebih optimum. Sebelum menyapu krim pada wajah, semburkan dahulu face mist secukupnya ke arah muka. Face mist sangat semulajadi kerana ia terhasil daripada spring water, air laut dalam atau air terawat yang telah dimurnikan.

IKLAN
Foto – NZ Herbals

Face mist boleh membantu menghidratkan wajah yang kekeringan. Terutamanya jika kamu terdedah kepada suhu penghawa dingin, ataupun wajah menjadi lesu kerana berada berjam-jam dalam perjalanan dan penerbangan. Semburkan mist untuk mendapat kesan segar dengan kadar segera.

Membantu mengekalkan mekap. Selepas kamu mengenakan tatarias wajah seperti bedak kompak, pembayang mata dan pemerah pipi, semburkan sedikit facial mist untuk mengekalkan mekap pada kadar lebih lama. Kamu akan lebih berpuas hati kerana facial mist memberi kesan berseri pada wajah.

Gif

Facial mist boleh meredakan kerengsaan wajah. Jika kamu berasa wajah tidak selesa, semburkan facial mist untuk memberi kesan kelegaan pada kulit. Ia membantu memperbaiki kulit wajah yang kemerahan, meruam dan gatal-gatal. Namun, sesetengah orang mungkin sensitif dengan kandungan yang terdapat dalam facial mist. Secara asasnya, ia adalah produk yang disyorkan oleh pakar dermatologi dan selamat untuk digunakan.

Jenama face mist yang dipercayai

Caudalie Grape Water (BELI)

Foto – Caudalie

Avene Thermal Spring Water (BELI)

Foto – Arkib Wanista

Fresh Vitamin Nectar Antioxidant Glow Water (BELI)

Foto – Sephora

Evian Mineral Water Spray (BELI)

IKLAN
Foto – Watsons

Mario Badescu Facial Spray with Aloe, Herbs and Rosewater (BELI)

Foto – Life

Pixi by Petra Hydrating Milky Mist (BELI)

Foto – Pixi Beauty

La Roche-Posay Thermal Spring Water (BELI)

Foto – Shopee
Bayangkan bekerja seharian di dalam penghawa dingin, jadi segarkan sedikit dengan face mist. Wajah terlihat segar, berseri dan lembap sentiasa!