Kesihatan

Ketahui Jenis Bra Yang Tak Elok Untuk Kesihatan Kamu

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Ketahui Jenis Bra Yang Tak Elok Untuk Kesihatan Kamu

Beli bra boleh jadi rumit jika kamu tak tahu setiap perbezaannya. Push-up, strapless, sport bra, sticky bra antara jenis-jenis bra yang dijual di pasaran. Setiap satu punya kelebihan dan fungsi masing-masing.

Tahukah hampir 80% wanita memakai bra yang salah menurut bancian tahun 2008, malah sehingga ke hari ini ada wanita yang tidak tahu cara memilih dan mengukur bra di badan. Sekiranya anda bingung mengenai ukuran, bayangkan betapa bingungnya mengetahui bentuk, sokongan dan keselesaan yang diperlukan untuk bra.

Wanista nak beritahu, ada beberapa jenis bra yang dijual di luar sana sebenarnya tidak elok untuk payudara dan keseluruhan tahap kesihatan kamu. Ikuti entry ini.

IKLAN

Zero Support Bra

Foto – Arkib Wanista

Bra yang betul dan mempunyai sokongan yang baik akan menahan sakit leher dan bahagian belakang badan. Payudara anda mempunyai berat badan sendiri, dan jika tidak disokong dengan bra yang sesuai, maka otot leher dan punggung terpaksa bekerja lebih untuk menampung.

Bra Yang Tak Fit

Bra anda harus fit dengan betul, jika tidak, anda boleh mengalami reaksi kulit atau masalah kesihatan. Sekiranya bra terlalu besar untuk anda, maka geseran antara kain dan kulit anda boleh menyebabkan kerengsaan kulit. Itu menyebabkan ketidakselesaan bila memakai bra.

Foto – Depositphotos.com

Bila memakai bra yang terlalu kecil sampaikan ketat boleh merengsakan kulit atau menjadi lebih teruk. Beberapa penyelidikan berkata bra ketat berkait rapat dengan risiko peredaran darah yang lemah dan kanser payudara. Cuba elakkan perkara ini.

Bra Kain Sintetik

Foto – Pretty China Doll / Blogspot

Oleh kerana payduara anda adalah satu satu bahagian tubuh yang paling sensitif, anda harus perhatikan material bra. Material jenis kapas mungkin boleh menyebabkan ketidakselesaan untuk pergerakan harian, jadi campurkan dengan kain sintetik untuk membantu menyesuaikan diri dengan rutin harian anda seperti spandeks.

Sticky Bra

IKLAN

Sticky bra merupakan bra yang melekat pada payudara dengan bantuan gam. Bahan kimia tersebut tidak boleh bersentuhan dengan kulit anda. Kerana sangat ketat, ia tidak memberi kulit anda peluang untuk bernafas.

Foto – Arkib Wanista

Lebih teruk jika anda mempunyai kulit sensitif kerana gam, peluh, dan sesak nafas boleh menyebabkan kulit anda gatal dan timbulnya ruam.

Ingat, beli bra, sila pilih yang betul-betul berkualiti dan sedap bila dipakai. Jangan setakat cantik tapi tidak menyokong payudara dengan selesa.

Selamat Beramal!

RUJUKAN