Kecantikan

Awet Muda Ikut Cara Sandara Park Jaga Muka

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Awet Muda Ikut Cara Sandara Park Jaga Muka

Bercakap tentang bab kecantikan tak akan pernah habis. Lagi pula kalau selongkar cara artis jaga muka untuk kekal flawless. Cemburu sangat tengok kulit mereka, ada freckles pun cantik. Kenapa kita tak macam itu?

Entry kali ini, Wanista nak kongsi rutin kecantikan dari goddess Korea Sandara Park. Bayangkan dia dah mencecah 30-an tapi masih nampak macam remaja. Comel dan sedap mata memandang. No wonder, masih relevan sehingga ke hari ini.

Sandara Park atau lebih mesra dengan panggilan Dara ada berkongsi cara dia menjaga muka di Youtube. Siapa yang tengok mesti cemburu tengok kulit Dara yang licin, bersih, lembut, kenapa cantik sangat Dara?

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Kata Dara, dia sangat titik berat EMPAT perkara bila menjaga muka.

Rutin Serba Ringkas

Sandara mengakui bahawa dia tidak melakukan banyak benda untuk perawatan kulit, kerana dia berpendapat lebih baik bersederhana – guna produk yang betul-betul sesuai saja.

Dia berpegang pada asas, tetapi memastikan dia mempunyai sekurang-kurangnya satu atau dua produk yang benar-benar baik yang akan membuat perbezaan.

Jangan Skip Serum

Dara melindungi kulitnya dengan serum antioksidan. Di siang hari, Dara menggunakan serum yang kaya dengan antioksidan untuk membantu melindungi kulitnya dari sinar UV yang merbahaya. Produk yang digunakan adalah dari Dr. Different, yang mengandungi gabungan vitamin C, E, and CoQ10.

Say Yes to Eye Cream

Dara tidak pernah lupa memakai krim mata. Bahkan meminta pengurus top-up setiap kali krim mata habis agar dia dapat milikinya sepanjang masa. Dalam video, Dara dengan lembut menggunakan krim mata di sekitar mata dan mulut dengan jari manis, Dara dap-dap secara perlahan.

Retinol Bagus Untuk Penuaan

Langkah penting untuk anti-penuaan adalah krim retinol, di mana dia gunakan setiap malam. Kata Dara, retinol membantu merawat kawasan yang banyak kedutan, terutama bawah mata, garis senyuman dan leher.

Tahu tak produk muka yang menggunakan bahan seperti retinol, boleh membantu mengatasi masalah garis kedutan dan tanda-tanda penuan pada kulit muka.

Baca : Muka Berkedut, Guna Retinol Tangani Tanda Penuaan

IKLAN

Tonton Video Penuh Rutin Dara

Apa lagi mulalah ambil peduli tentang soal penjagaan wajah kalau nak flawless macam Dara.

Selamat Beramal!