Seorang Youtuber Korea, Jay Kim atau dikenali sebagai Daud Kim yang telah memeluk Islam pada tahun lalu kini menjadi trending di Twitter akibat gangguan seksual terhadap wanita asing di Korea.
Wanita asing itu telah memuat naik video pendek yang menunjukkan pelakunya di TikTok bersama kenyataan yang panjang.
Youtuber itu bagaimanapun telah membataskan jumlah komen di Instagramnya untuk mengelakkan kecaman daripada keyboard warrior. Daud dilihat dalam 6 minit video di Youtube miliknya mengaku akan cubaan melakukan gangguan seksual terhadap perempuan tersebut dan menganggap tindakan itu sebagai kesilapan.
Daud yang menjelaskan peristiwa itu berlaku sebelum dirinya memeluk agama Islam untuk bertaubat dan memohon keampunan daripada Tuhan. Melalui peristiwa itu, Daud menceritakan bahawa dia berada dalam keadaan mabuk dan hanya sedarkan diri apabila berada di balai polis dengan tuduhan melakukan gangguan seksual.
“Saya telah meminta maaf kepadanya, menandatangani sekeping dokumen dan memohon maaf secara terbuka di Instagram“, ujar Daud.
Tidak sanggup menerima kecaman daripada orang ramai selepas daripada itu, Daud telah menurunkan posting maafnya di Instagram.
“Pada mulanya saya tidak ingat akan kejadian itu, jadi saya tidak melakukannya. Selepas saya mendengar apa yang mereka katakan, saya rasa ada yang tidak kena dan rasa bersalah terhadapnya. Dia mahu saya untuk meminta maaf jadi kami bertemu kembali pada 5 Julai 2019. Saya meminta maaf dengan ikhlas dan dia menerimanya. Dengan kejadian ini, ada dokumen perjanjian bersama kami”, ujar Daud.
Di Twitter, rata-rata pengguna di laman sosial tersebut mengutuk tindakan Daud dengan menyatakan gangguan seksual bukanlah satu kesilapan tetapi itu adalah pilihannya.
https://twitter.com/leyloyami/status/1297695301147463681?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1297695301147463681%7Ctwgr%5E&ref_url=https%3A%2F%2Fab-tc.com%2Frape-allegation-daud-kim-accused-for-using-islam-for-clicks-and-youtube-following%2F
https://twitter.com/lvcifxrswhore/status/1297937782405439489
https://twitter.com/Dounia_98/status/1297986394351181825
https://twitter.com/JKLMNOoooh/status/1298068162320248835
https://twitter.com/notsobudget/status/1298067093485752325
Daud yang memberi respon kepada kejadian tersebut telah memuat naik video di Youtube miliknya untuk memohon maaf kepada pengikutnya tentang kejadian tersebut. [TEKAN SINI]