Makanan

10 Perisa Aiskrim Baskin Robbins Paling Disukai Ramai

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
10 Perisa Aiskrim Baskin Robbins Paling Disukai Ramai

Siapa dekat sini yang suka sangat dengan aiskrim Baskin Robbins?

Kalau hari Rabu pakai outfit merah jambu, mesti nak singgah Baskin Robbins. Baskin Robbins Malaysia mengadakan Pink Day Promotion. Pakai warna merah jambu dan reward diri anda dengan potongan harga maksimum RM5.90 untuk ais krim dan banyak lagi.

Suka makan Baskin Robbins, tapi tahu tak perisa yang paling popular dan laris di antara 31 perisa yang ada. Ini dia.

IKLAN

#1 Mint Chocolate Chip

Foto – Arkib Wanista

Tak percaya? Tanyalah semua orang, perisa ini memang sentiasa menjadi pilihan pengguna. Ketulan cip coklat bersama daun pudina, kombinasi luar biasa yang sedap, terasa segar sahaja.

#2 Rainbow Sherbet

Foto – Arkib Wanista

Tengok warna saja dah jatuh cinta apa lagi gabungan rasa. Rainbow Sherbet mungkin tidak begitu kaya dan berkrim seperti rasa lain, tapi sangat menyegarkan dan enak sehingga mengalahkan banyak rasa lain. Gabungan sherbet oren, nanas, dan raspberi sangat mengagumkan.

#3 Cookies and Cream

Foto – Arkib Wanista

One of the iconic flavour! Apabila anda benar-benar menginginkan sesuatu yang manis dan berkrim, inilah dia. Lupakan mana-mana biskut yang dibeli di kedai dan aiskrim, gabungan Cookies and Cream dari Baskin Robbins jauh lebih baik.

#4 Coklat

Foto – Arkib Wanista

Aiskrim coklat Baskin Robbins antara yang terbaik pernah penulis rasa. Tapi tak kisahlah apa jenama, coklat pasti dalam top 10 pilihan aiskrim masing-masing. Pilihan selamat tapi dah sedap, nak buat macam mana kan…

#5 Cotton Candy

Foto – Arkib Wanista

Gula-gula kapas mungkin terlalu manis, tetapi anda tidak dapat pertikaikan kehebatan aiskrim Cotton Candy. Ia mempunyai rasa sebenar gula-gula kapas dan enak sekali.

#6 Vanila

Foto – Arkib Wanista

Very boring, very dull! Tapi vanila dari Baskin Robbins antara yang terbaik. Dari rasa vanila sebenar membuatkan ia sangat sedap dan selesa dimakan.

#7 Chocolate Chip

Foto – Arkib Wanista

Gabungan aiskrim vanila dengan cip coklat memang terbaik. Rasa yang boleh dikatakan asli dan kita boleh pesan bila-bila masa sahaja.

IKLAN

#8 Very Berry Strawberry

Foto – Arkib Wanista

Perisa ikonik di Baskin Robbins, Very Berry Strawberry. Mungkin aiskrim strawberi sangat membosankan dan hambar seperti vanila, tapi rasa lemak berkrim strawberi bersama kepingan buah memang sedap dimakan.

#9 Jamoca Almond Fudge

Foto – Arkib Wanista

Jamoca Almond Fudge adalah salah satu perisa aiskrim yang paling terkenal dan disukai di Baskin Robbins. Jadi pilihan orang dewasa, selalu memesannya di kala cuaca panas. Rasa asli aiskrim Jamoca dengan coklat fudge dan kepingan roasted almond.

#10 Rocky Road

Foto – Arkib Wanista

Gabungan aiskrim coklat dengan marshmallow berperisa krim dan kepingan kacang memang terbaik. No wonder, ramai sukakan perisa ini.

Jom beli aiskrim di Baskin Robbins!

RUJUKAN : 123