Cinta & Perhubungan

First Love Dan Crush Sama Tapi Tak Serupa

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
First Love Dan Crush Sama Tapi Tak Serupa

Rasanya hampir semua orang mempunyai pengalaman first love dan crush pada seseorang, semasa menginjak dewasa bukan?

Dan rata-rata ramai juga yang menganggap dua faktor ini adalah sama dalam perhubungan tapi buat pengetahuan semua, ianya mungkin mempunyai definisi yang sama tapi memiliki intipati yang berbeza jika nak dikaitkan dengan soal cinta dan perhubungan.

Nak tahu apa yang membuatkan first love dan crush ini berbeza jom kupas isinya di bawah.

IKLAN

Tempoh Masa

Foto – Medium

Kalau nak tahu, apabila kamu crush atau minat pada seseorang, perasaan tersebut hadir dengan sekelip mata. Tahu-tahu kamu rasa suka dan minat terhadap orang tersebut, tapi perasaan itu juga boleh hilang sekelip mata.

Manakala cinta pertama hadir pada saat kamu telah mengenali seseorang itu dan mula membina hubungan yang serius bersama si dia.

Jenis Status

Foto – PS I Love You

Bagi seseorang yang crushing pada seseorang, ramai yang memilih untuk memendam rasa dengan hanya minat dari jauh semata, dan tiada sebarang status perhubungan kerana perasaan minat tersebut boleh pudar secara sekelip mata.

Tapi lain pula dengan first love kerana rata-rata ramai yang berkongsi pengalaman kisah cinta mereka, dengan berkongsi bahawa cinta pertama mereka pernah dan masih menjadi pasangan dalam hidup mereka.

Tahap Kematangan Dalam Hubungan

Foto – Freepik

Kalau nak tahu mereka yang dikategorikan crush pada seseorang ini akan berasa kurang matang, insecure dan sentiasa risau jika ada orang lain yang juga crush pada orang yang dirinya suka atau minat.

Manakala bagi kategori first love pula, masing-masing akan pupuk hubungan menjadi lebih serius dan belajar menjadi terbaik untuk pasangan masing-masing.

Tak kira kamu melalui fasa cinta pertama semasa zaman sekolah atau zaman pekerjaan sekali pun, perlahan-lahan kamu sendiri akan belajar untuk menjadi matang dalam hubungan.

IKLAN

Need Two To Tango

Foto – The Economic Times

Crush terhadap seseorang itu hanyalah perasaan yang terbit dalam satu individu itu sahaja, senang cerita ianya hanyalah hubungan sebelah pihak saja.

Manakala first love merupakan individu yang saling mencintai antara satu sama yang lain dan lalu menjadi pasangan, untuk memulakan sebuah hubungan pastinya dua hati harus bersatu betul tak?

Alami Emosi Yang Berlainan

Foto – Shape Magazine

Crushing pada seseorang membuatkan diri berada dalam satu obsesi pada orang yang diminati tersebut, ini adalah fasa emosi yang kebanyakan orang merasai meski emosi yang hadir hanya sementara.

Manakala dalam fasa first love, emosi dalam diri akan berubah menjadi seorang yang berjiwa kental, lebih matang, bertoleransi dan saling mempercayai.

Siapa Insan Bertuah Itu?

Foto – Horoscopes

Tahu tak perasaan crush itu boleh hadir pada sesiapa sahaja yang kamu minati, manakala first love hadir pada insan yang terpilih saja dan bukan semua orang mampu buat kamu jatuh cinta pandang pertama betul tak?

Tapi hakikatnya kedua-dua fasa crush dan first love ini merupakan pengalaman berharga dalam menjadikan diri kamu mengenali apa itu cinta dan minat pada seseorang.

So, who is your first love and first crush?