Kecantikan

5 Serum Mahal Dijamin Berkesan, Ada Yang BTS Guna

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
5 Serum Mahal Dijamin Berkesan, Ada Yang BTS Guna

Walaupun basic penjagaan wajah memadai dengan melakukan rutin membersih, toner, melembap dan krim pelindung tapi ada di antara kita tidak ketinggalan menggunakan serum untuk mendapat khasiat tambahan.

Kenapa Kena Pakai Serum?

Serum adalah produk penjagaan kulit yang anda sapu selepas pembersihan tetapi sebelum melembap dengan tujuan menyerap ke dalam kulit dengan lebih mendalam. Ini menjadikan ia alat yang baik untuk merawat masalah kulit tertentu.

IKLAN
Foto – Organics Skincare

Serum mempunyai tekstur nipis dan biasanya datang dalam bentuk cecair. Oleh kerana ia mempunyai molekul kecil, kulit anda akan dapat menyerapnya lebih cepat dan lebih mendalam. Kebanyakan serum berasaskan air dan langsung tidak mengandungi sebarang minyak.

Disebabkan itu, kebanyakan serum yang terjual di pasaran fokus kepada masalah tertentu seperti anti penuaan, parut jerawat, jeragat dan pelbagai lagi. Dan mempunyai tanda harga yang agak mahal nak dibandingkan dengan produk penjagaan wajah lain. Bila tanda harga mahal sudah tentu formula yang disuntik memberi kebaikan tertentu.

Berikut adalah serum yang dijamin berkesan walaupun mempunyai tanda harga yang agak lari dari bajet asal kita.

Estee Lauder Advanced Night Repair Synchronized Multi-Recovery Complex

Foto – Sephora

Serum yang diformula untuk memperbaiki dan merawat tekstur kulit serta mengurangkan penampilan tanda penuaan. Kandungan bahan Hyaluronic Acid, membantu mengunci kelembapan sehingga 72 jam. Bila guna, kulit terasa lebih licin, lembut, kurangnya garis-garis halus, berseri serta sekata.

Berharga bermula RM220 mengikut saiz, beli di SINI.

Sulwhasoo First Care Activating Serum

Foto – Sephora

My favorite! Serum yang direka untuk menghidrat, mengimbangi kulit untuk lebih bersinar dan lebih anjal. Rahsianya ada pada JAUM Balancing Complex – gabungan lima ramuan Korea yang berfungsi untuk memperbaiki keseluruhan tekstur, kulit lebih sekata, dan meningkatkan kelembapan.

Penulis amalkan setiap malam, dan bila bangun pagi kulit terasa glow tanpa nampak berminyak. Bahkan kulit terasa segar sentiasa.

Harga bermula RM199 mengikut saiz, beli di SINI.

IKLAN

L’Occitane Immortelle Reset Oil-In-Serum

Foto – L’oocitane

Immortelle Reset Oil-in-Serum akan menjadikan kulit kelihatan lebih sihat, segar, awet muda dan berseri. Gabungan ramuan seperti Immortelle Essential Oil untuk membantu melawan tanda-tanda penuaan, Acmella Oleracea Extract memberi sifat melicinkan dan Marjoram Extract membantu menghidupkan semula kulit yang kusam.

Satu episod BTS Bon Voyage 4, penulis terlihat J-Hope dan Jimin menggunakan serum ini sesudah selepas mandi.

Harga runcit RM269, boleh beli di SINI.

Lancome Advanced Gènifique Serum

Foto – Lancome

Merupakan serum pilihan Neelofa, serum yang ringan dan memberikan kulit menjadi glow tanpa meninggalkan kesan minyak. Advanced Génifique mengandungi antioksidan untuk melindungi dan menguatkan kulit. Dengan formula khas, produk ini terbukti meningkatkan pemulihan kulit secara semula jadi sebanyak 77%.

Bagus untuk kulit sensitif, serum ini menenangkan wajah dan meningkatkan kualiti kulit menjadi bertambah baik.

Berharga RM438 untuk saiz 50ml, boleh beli di SINI.

Clarins Double Serum Complete Age Control Concentrate

Foto – Sephora

Dengan teknologi dwi inovatif, Clarins berjaya menggabungkan 20 ekstrak tumbuhan anti-penuaan untuk memastikan memelihara keadaan kulit supaya lebih sempurna. 20 bahan aktif botanik antaranya kunyit, oat dan kiwi target kepada anti-penuaan seperti garisan halus dan kedutan secara efektif, meratakan warna kulit, dan meningkatkan pencahayaan kulit dalam hanya tujuh hari.

Berharga RM420 untuk saiz 50ml, boleh beli di SINI.

Memang harga mahal, tapi apa salahnya berhabis untuk diri sendiri. Sesekali orang kata… Nak cantik memanglah kena susah sikit.