Dekorasi

Sumpah Rumah Baru Kendall Jenner Lagi Best Dari Kardashian Jenner Lain!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Sumpah Rumah Baru Kendall Jenner Lagi Best Dari Kardashian Jenner Lain!

Baru-baru ini saluran YouTube Architectural Digest (AD) ada merakam rekaan dalaman rumah baru milik Kendall Jenner, wanita jelita ini berkongsi rasa gembira dan puas hati terhadap rekaan dalaman rumah barunya itu menerusi home tour bersama krew AD.

Difahamkan rumah baru milik wanita berkerjaya ini terletak di Los Angeles, di mana sebuah bandaraya yang sangat sibuk dan jauh dari alam.

Tapi ironiknya rumah terbaru milik Kendell ini tidak kelihatan seperti rumah di sebuah bandaraya elit, sebaliknya ia kelihatan seperti rumah yang terdapat di pinggir bandar kerana dikelilingi dengan pokok-pokok hijau yang tinggi sambil ditemani dengan bunyi kicauan burung!

IKLAN

Nak tahu apa yang menarik tentang rumah baru Kendall Jenner ini, jom tinjau di bawah.

Rumah Baru Konsep Cosy Dan Elemental

Foto – Facebook Kendall Jenner

Melihat rekaan dalaman yang bercirikan down to earth ini, memberikan sesuatu perasaan yang lain tatkala meninjau keseluruhan rekaan dalaman rumah. Menurut Kendal, rekaan dalaman rumah yang cozy ini merupakan hasil tangan kumpulan perekanya.

Katleen dan Tommy Clements yang merupakan pasangan ibu dan anak yang bertungkus-lumus memberikan hasil yang diingini oleh Kendall, dan ternyata apabila rumah tersebut siap Kendall sendiri sangat menyukai rekaan dalaman rumah tersebut.

Ruang Tamu Yang Luas Dan Santai

Foto – Facebook Kendall Jenner

Hilang penat-lelah diri tatkala pulang ke rumah dan berbaring santai atas sofa di ruang tamu rumah, itulah perasaan apabila melihat dekorasi di ruang tamu rumah Kendall yang teratur ini.

Pemilihan warna-warna dekorasi sehinggalah ke sofa sangat lembut dan tenang, ia memberikan rasa lapang kepada pemilik rumah. Bertuah betul Kendall sebab dapat miliki rumah macam ini.

Bilik Studio Tempat Kendall Berkarya

Foto – Arkib Wanista

Kendall sangat terkenal dengan hobinya melukis dan berkarya, dengan rekaan bilik studio yang bersifat kontemporari ini pasti lebih banyak karya-karya messy milik Kendall akan memenuhi ruang studio tidak lama lagi!

Sitting Area Yang Kontemporari

Foto – Arkib Wanista

Ruang duduk yang berdekatan dengan bilik tidur milik Kendall ini sangat menarik dengan bingkai pintu kayu yang dihadiahkan oleh ibu Kendall, ianya merupakan momento zaman kanak-kanak Kendall.

Tambahan lagi dengan quote tulisan di dinding menjadikan ruang duduk ini lebih bersifat kontemporari dan moden.

IKLAN

Tiada Sesempurna Dari Bilik Tidur Sendiri

Foto – Arkib Wanista

Bilik tidur merupakan ruang paling penting buat Kendall kerana di sini lah ruang untuk dirinya berehat dan melepaskan lelah setelah seharian suntuk bekerja. Pemilihan fabrik dan warna pada katil, cadar dan bantal merupakan aspek penting.

Warna-warna asas seperti putih, krim dan coklat menjadi pilihan kerana ia memberikan ciri elemental alam dan sesuai dengan citarasa diri Kendall sendiri.

Dapur Dan Ruang Makan Yang Ringkas

Foto – Arkib Wanista

Untuk rumah baru milik Kendall ini segala dekorasi dan pemilihan rekaan dalaman bersifatkan cozy dan juga minimalis dengan sedikit element alam, di mana penggunaan kayu pokok adalah salah satu aspek pemilihan untuk ruang makan dan dapur.

Selain itu, warna biru turquoise menjadi padanan di ruang dapur dan manakala warna coklat kayu merupakan warna di ruang makan. Ironiknya padanan kedua-dua warna ini sangat serasi dan masuk!

Miliki Bath Tub Emas Suatu Kemestian

Foto – Arkib Wanista

Siapa sangka di bilik Kendall terdapat bath tub emas, rekaan bath tub yang elegan ini menjadikan kamar mandi milik wanita bekerjaya ini sangat high profile.

Saiz bath tub emas yang besar ini kelihatan gah dalam bilik air, selain itu dekorasi yang serba ringkas menjadikan rekaan dalaman bilik mandi tampak eksklusif.

Laman Luas Di Kelilingi Pokok Menghijau

Foto – Arkib Wanista

Melihat laman belakang Kendall, merasakan bahawa rumah yang dibina ini bukan di Los Angeles sebaliknya di luar kota. Laman yang dikelilingi pokok-pokok menghijau dengan rekaan kolam yang besar membuatkan ia kelihatan unik. Serius lain!

Melihat rekaan dalaman rumah Kendall yang serba ringkas dan bersifat kontemporari dan down to earth ini, membuatkan rumah milik wanita hebat ini seperti di pinggir bandar.

Jauh dari kesibukan kota, pandai Kendall dan pereka dalaman reka rumah ala-ala elemental dan cozy di sebalik kotaraya Los Angeles yang sibuk ini.

Bagi yang ikut perkembangan adik-beradik Kardashian dan Jenner ini, pasti boleh banding bahawa rumah milik Kendall Jenner ini sangat bersifat down to earth dan paling penting rekaan dalaman serta dekorasi rumah Kendall tip top dan best!