Cinta & Perhubungan

Norma Baharu Suami Isteri Ketika Hubungan Seks, ‘Mask On’ Untuk Elak Covid-19

Sofie Azizlan
/
[so-fe]
Norma Baharu Suami Isteri Ketika Hubungan Seks, ‘Mask On’ Untuk Elak Covid-19

Suami isteri yang ingin melakukan hubungan seks telah dinasihatkan untuk mengambil beberapa langkah pencegahan Covid-19.

Pengarah Perubatan di Terrence Higgins Trust, Dr Michael Brady mengatakan bahawa seks adalah sebahagian dalam kehidupan dan penting untuk suami isteri, “Penularan Covid-19 sedang berlaku di dunia sekarang, jadi kita semua perlu mencari jalan yang selamat untuk para suami isteri bagi mengimbangi keperluan hubungan seks dan keintiman untuk mengelakkan risiko penularan berlaku”.

IKLAN
Foto – Freepik

Pasangan seksual yang terbaik semasa pandemik ini berlaku adalah suami isteri yang tinggal bersama kerana langkah-langkah pencegahan Covid-19 masih lagi dilakukan tetapi mereka dapat melakukan hubungan seks dengan selesa dan selamat.

Bagi pasangan suami isteri yang tidak tinggal bersama, Dr Michael Brady menasihati untuk mengurangkan hubungan seks antara suami isteri tersebut serta mengambil beberapa langkah berjaga-jaga.

Foto – The New York Times

Pasangan suami isteri juga dinasihat untuk memakai topeng muka ketika melakukan hubungan seks. Mereka juga disyorkan untuk melakukan hubungan seks dalam posisi yang tidak bersemuka untuk mengelakkan penyebaran Covid-19.

Sebagai pasangan suami isteri yang ingin melakukan hubungan seks dengan selamat, mereka haruslah mengambil beberapa langkah seperti:

  1. Mandi sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
  2. Menghadkan bilangan hubungan seks dengan pasangan.
  3. Mencium pasangan adalah tidak dibenarkan kerana membawa kepada pertukaran air liur.
  4. Memakai topeng ketika melakukan hubungan seks.
  5. Melakukan hubungan seks dengan posisi yang tidak menghadap atau berhadapan dengan pasangan anda.
  6. Membersihkan kawasan intim dengan tisu pembasmi kuman atau sabun untuk mengelakkan penularan kuman.
  7. Anda juga boleh menggunakan kondom untuk keselamatan tambahan.
  8. Mencuci tangan lebih dari 20 saat atau menggunakan sanitizer sebelum dan selepas hubungan seks juga akan mengurangkan risiko penyebaran.
Foto – Arkib Wanista

Jika pasangan suami isteri tidak mahu mengambil risiko untuk menjadi salah satu penyebar Covid-19, masturbation menggunakan alat permainan seks adalah pilihan yang tepat kerana ia boleh dilakukan tanpa perlu berada berdekatan dengan pasangan.

Penggunaan kondom dan perlindungan lain juga harus dipakai bagi mencegah daripada risiko penyakit itu menular secara seksual.

Foto – Manonizer

Pasangan suami isteri juga dinasihati untuk melakukan beberapa ujian seperti mengambil suhu menggunakan termometer dan melihat sama ada pasangan mempunyai penyakit seperti demam, batuk atau selesema. Jika pasangan anda mempunyai simptom-simptom tersebut, anda perlu berhenti seketika daripada  melakukan hubungan seks.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

IKLAN