Hiburan

Ahli 2AM, Jo Kwon Mengaku Dia Tiada Jantina

Sofie Azizlan
/
[so-fe]
Ahli 2AM, Jo Kwon Mengaku Dia Tiada Jantina

Jo Kwon yang terkenal kerana menyertai kumpulan 2AM suatu ketika dahulu telah membintangi sebuah muzikal yang menggambarkan perjalanan seorang remaja bergelut dengan perasaannya sendiri untuk menjadi drag queen.

Jo Kwon turut menjadi salah seorang artis K-pop yang telah mendorong dengan menyuarakan suara mereka untuk mewakili komuniti LGBTQ+ dalam industri Korea Selatan.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Dalam sebuah wawancara, Jo Kwon menyatakan bahawa dia tiada jantina. Seiring dengan persembahannya sebagai Jamie dalam “Everybody’s Talking About Jamie“.

Sebelum ini jika dia dikatakan rupanya seperti wanita, Jo Kwon akan segera menindakkan pernyataan itu, “Jika sebelum ini ramai orang mengatakan rupa saya seperti wanita, saya akan segera menindakkannya. Tetapi sekarang tidak lagi kerana saya bangga jika mereka mengatakan muka saya seperti pelakon Choi Ji Woo atau Taeyeon”. Jo Kwon juga menyatakan dia menerima dirinya seadanya.

Foto – Arkib Wanista

Ketika ditemu ramah, Jo Kwon membandingkan dirinya dengan Jamie dan menyatakan bahawa hidupnya tidak jauh berbeza dengan Jamie. Jamie yang menjadi sedikit berbeza daripada orang sekelilingnya, dia diejek oleh rakan-rakannya malah ayahnya turut menyatakan kejijikannya terhadap Jamie.

Foto – Arkib Wanista

Jo Kwon yang menerima pelbagai jenis reaksi daripada masyarakat, “Saya sangat penat. Ketika usia dua puluhan, saya merasakan bahawa saya perlu melakukan semua yang mereka minta walaupun saya tidak mahu. Tetapi saya tahu tak mudah untuk menyenangkan semua orang”.

Foto – Arkib Wanista

KASUT TUMIT TINGGI 

Jo Kwon yang pernah bekerja di bawah Big Hit Entertainment, ketika sedang mempersiapkan single 2AM, mereka dipanggil pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Bang Si-hyuk dan telah ditanyakan beberapa soalan berkaitan dengan single mereka.

“Adakah kamu ingin melakukannya ke arah komersil atau lakukan apa yang kamu minat,” ujar Bang. Jo Kwon menjawab mereka ingin melakukan dalam cara mereka sendiri.

Foto – Arkib Wanista

Jo Kwon yang terkejut dengan tindakan Bang iaitu membelikan sepasang kasut tumit pertama untuknya. Penampilan Jo Kwon bersama dengan kasut tumit tinggi dapat dilihat pertama kali ketika lagu solonya “Animal“. Kasut tumit tinggi itu berukuran 1905 centimeter tinggi (7.68 inci).

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Muzikal “Everybody’s Talking About Jamie” telah memberi keterujaan kepada Jo Kwon apabila dia dapat memakai kasut tumit tinggi. Ketika watak Jamie menampilkan ciri-ciri degil dan berkeyakinan, Jo Kwon merasakan dirinya seperti Jamie.

Foto – Arkib Wanista

“Terdapat pelbagai jenis manusia di dunia. Kita mungkin kelihatan berbeza daripada satu sama lain. Jika anda seorang wanita, tidak semestinya anda perlu berambut panjang. Dan jika anda seorang lelaki, tidak  bermaksud anda tidak boleh memakai alat solek. Tumit tinggi bukan sahaja boleh dipakai oleh wanita tetapi lelaki juga, sama seperti kasut bola”, ujar Jo Kwon.

Jo Kwon juga berharap semua orang menghormati keinginan dan kesukaan orang lain.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4