Ketika membeli makanan yang diproses, berkemungkinan besar anda akan mengelak daripada membaca label ramuan kerana tidak familiar dengan anda yang menyebabkan anda mengelak daripada membacanya. Pelbagai jenis terms disenaraikan dan sebahagian daripadanya tidak tersenarai yang menyebabkan anda tidak memahami nama-nama pada label ramuan tersebut.
Seperti Skittles, semestinya anda tidak membaca label ramuanya kerana memikirkan ia hanyalah sejenis gula-gula sahaja. Tetapi adakah anda sedar bahawa pewarna merah pada Skittles sebenarnya diperbuat daripada serangga cochineal?
COCHINEAL
Serangga cochineal boleh dijumpai pada opuntia dipadang pasir Amerika Utara. Serangga ini berfungsi dalam menghisap getah tanaman tersebut dan hasilnya serangga ini menghasilkan pigmen merah yang pahit disebuat sebagai asid karminik yang disimpan di usus mereka untuk digunakan untuk menangkis pemangsa.
Untuk menghasilkan pewarna merah, pengeluar akan mengeringkan cochineal dan mengisar atau menghancurkan menjadi serbuk. Serbuk tersebut akan bertukar menjadi warna merah terang apabila dicampurkan dengan air.
Masyarakat dari Mexico kebanyakkan mengusahakan dan menjinakkan serangga ini untuk menggunakan pewarna mereka untuk mewarnai pakaian mereka bertujuan untuk mempamerkan status sosial. Menjelang tahun 1990-an, masyarakat Amerika mula menggunakan pewarna cochineal dalam pelbagai jenis makanan seperti sosej, pai, udang kering, gula-gula dan jem.
Pada tahun 2012, masyarakat menjadi panik apabila mengetahui Starbucks menggunakan pewarna cochineal dalam Strawbery and Creme Frappuccino. Tetapi Starbucks telah menghentikan penggunaannya tetapi pewarna cochineal ini masih luas penggunaannya dalam industri makanan. Jika anda ingin tahu, anda boleh melihat pada label makanan anda sama ada terdapat carmine, carminic acid atau cochineal extract.
SKITTLES
Sebelum tahun 2009, Skittles merupakan makanan ringan yang tidak boleh dimakan oleh vegetarian dan vegan. Gula-gula Skittles mempunyai tahap gula yang tinggi, minyak, warna dan bahan perasa. Gelatin dan protein diproses daripada tulang rawan haiwan untuk digunakan sebagai pengikat (binder).
Dua jenis serangga digunakan iaitu cochineal, yang menjadi pewarna merah (carmine) pada gula-gula Skittles dan serangga kerria lacca yang merembeskan lilin (shellac). Food grade shellac sering digunakan dalam makanan untuk mencegah daripada pewarna gula-gula melekat pada kulit.
Sejak tahun 2009, Skittles menghasilkan gula-gula tanpa gelatin dan shellac. Carmine telah digantikan dengan Red 40 sebagai pewarna merah. Hasil perubahan ini menjadikan gula-gula Skittles diterima oleh mereka yang vegetarian dan vegan.
Sekiranya anda berasa mual dan jijik selepas mengetahui rahsia di sebalik pewarna merah Skittles ini, anda perlu tahu bahawa semua jenis makanan yang menggunakan pewarna merah berkemungkinan menggunakan pewarna cochineal.