Siapa di sini yang tidak prep wajah sebelum bersolek? Kamu tak pakai pembersih, toner, pelembap dan krim pelindung matahari? Atau kamu langsung tak peduli?
Jangan ambil mudah soal penjagaan wajah, tolong belek wajah supaya nampak bersih, sihat dan berseri.
Entry kali ini, Wanista nak perkenalkan Calendula Collection terlaris di pasaran dari Kiehl’s. Siapa yang biasa dengan Kiehl’s, tahu keberkesanan produk mereka (tak silap Kylie pun guna krim mata Kiehl’s).
Pilihan kegemaran seluruh dunia dan secara konsisten menjadi pilihan pelanggan terulung di Malaysia, Calendula Collection menenang dan menyegarkan kulit anda!
Magik Kelopak Bunga Calendula
Ahli kimia Kiehl’s telah memanfaatkan kehebatan kelopak Calendula sejak tahun 1960-an, dari kelopak yang dipilih sendiri ke dikeringkan secara tradisional sinaran matahari hingga dalam formula yang membentuk Calendula Collection.
- Foto – Kiehl’s
Berasal dari Mediterranean, Calendula, ahli keluarga bunga Marigold, terkenal dengan sifat menenangkan kulit. Selama berabad-abad, ia telah menjadi ramuan yang sangat terkenal untuk rawatan kulit di Ayurveda dan Perubatan Tradisional Cina.
Keberkesanan terbukti untuk mengurangkan rasa tidak selesa dan kemerahan, memperbaiki tekstur kulit, dan meningkatkan penghidratan.
Bual Bicara Dengan Jurusolek Kiehl’s, Nina Park
Tanpa menyiapkan kulit dengan betul sebelum solekan, solekan tidak akan kelihatan sempurna. Sering kali, bila kulit tidak cukup hidrasi, asas solekan cenderung membuatkan wajah lebih kering dan bercapuk.
Jadi lakukan rutin penjagaan dengan betul agar membolehkan kamu bermain dengan alatan solekan idaman, malah tidak memerlukan litupan yang penuh.
- Foto – Arkib Wanista
Bagaimana menggunakan Calendula Collection untuk membuat penampilan yang sempurna? Rutin menggunakan Celendula bagus untuk kegunaan harian. Saya mengesyorkan kepada semua pelanggan saya dan saya menggunakannya setiap hari.
Pertama, bersihkan kotoran dengan pembersih berbuih. Kemudian, apply toner pada kulit anda dengan kapas untuk menenang dan mewujudkan warna kulit yang lebih seimbang dan sekata. Seterusnya, sapukan mask – kulit terasa segar, pastikan anda membuangnya selepas 5 minit. Akhir sekali, sapukan serum-infused water cream untuk mengunci kelembapan.
Mengapa Calendula Serum-Infused Water Cream bertindak sebagai primer sebelum asas solekan?
- Foto – Arkib Wanista
Pertama, saya suka tekstur Calendula Water Cream yang sangat ringan. Ia benar-benar mencair ke kulit tanpa meninggalkan lapisan. Kedua, ia memberikan slip yang cantik pada kulit untuk asas atau concealer yang membolehkan produk menyatu dengan baik, langsung tak rasa berat, dan selesa saja.
- Calendula Deep Cleansing Foaming Face Wash: RM50 (75ml), RM132 (230ml)
- Calendula Herbal Extract Toner: RM95 (125ml), RM160 (250ml), RM255 (500ml)
- Calendula & Aloe Soothing Hydration Mask: RM75 (28ml), RM199 (100ml)
- Calendula Serum-Infused Water Cream: RM130 (28ml), RM190 (50ml)
Untuk info lanjut, boleh ke laman web rasmi [SINI].