Apabila menyebut tentang pizza pasti ada yang terbayang pelbagai variasi pizza yang lazat dengan kerak roti pizza yang rangup di luar dan lembut di dalam, di tambah pula dengan aneka topping pizza yang menyelerakan menjadikan pizza antara makanan kegemaran ramai di seluruh dunia.
Tapi tahukah kamu rasa sebenar roti pizza yang sedap dan terbaik dunia adalah di bandar Naples Itali, di mana bandar tersebut melahirkan penghasil pizza asli di dunia.
Jom teroka sejarah bandar Naples Itali, penghasil pizza terbaik dan terlazat didunia di bawah.
Nama Pizza Margherita Berasal Dari Ratu Itali
- Foto – Arkib Wanista
Ramai yang suka dan pernah makan pizza Margherita pasti tak tahu dari mana nama tersebut datang bukan? Pada tahun 1889 ratu Itali yang pada ketika itu bernama Margherita berkunjung ke restoran Pizzeria Brandi di bandar Naples.
Pizzaiolo (gelaran bagi pembuat pizza) yang bernama Rafaele Esposito yang bertugas pada ketika itu, menghasilkan pizza untuk ratu Itali dengan mengandungi tiga warna melambangkan warna bendera Itali.
Tiga warna tersebut adalah warna merah yang terhasil dari tomato, warna putih di ambil dari keju mozzarella dan warna hijau dari daun basil segar.
Kemudian pizza tersebut di beri nama pizza margherita dan menjadi popular serta kegemaran ramai rakyat di Itali.
Pelbagai Variasi Pizza Lahir Di Naples
- Foto – Arkib Wanista
Selepas pizza Margherita dihasilkan ia menjadi set piawaian pizza buat penghasil pizza di bandar Naples dan seluruh Itali untuk jadi lebih kreatif dan berani dalam menghasilkan pizza baharu.
Tidak lama pizza Margherita dihasilkan semakin banyak variasi pizza lahir dengan topping yang pelbagai. Antara pizza asli yang lahir dari pembuat pizza di bandar Naples ini adalah, pizza Marinara yang mengandungi oregano, ikan bilis dan banyak bawang putih.
Manakala pizza Capricciosa pula mengandungi topping seperti cendawan, prosciutto, sayur artichoke hearts, minyak zaitun dan telur separuh masak.
Bahan Segar Tradisi Pizza Itali
- Foto – Arkib Wanista
Pizzaiolo atau pembuat pizza di bandar Naples, Itali ini menggunakan bahan-bahan segar seperti daun basil, keju mozzarella, keju fior di latte (keju lembu mozzarella), keju non-buffala mozzarella, kuah tomato segar dan roti doh pizza yang dihasilkan setiap hari.
Orang Itali sangat terkenal dengan penghasilan makanan segar dan bermutu, begitu juga dengan penghasilan pizza di sana. Memang terliur lihat pizza yang dihasilkan oleh pizzaiolo di Naples ini!
Wajib Kunjung 4 Restoran Popular Naples Ini
Di bandar Naples, Itali ini mempunyai lebih dari 3,000 restoran pizza dan bagi yang berhasrat ingin berkunjung ke bandar pizza tersedap dunia ini satu hari nanti, ini empat restoran yang berbaloi untuk kamu kunjungi.
- Foto – Arkib Wanista
Gino e Toto Sorbillo
Restoran ini sentiasa mendapat sambutan hangat kerana keenakan pizzanya, rasa keju yang melimpah ruah berserta dengan sentuhan artistik pengbuat pizza, ia sudah cukup membuatkan peminat pizza telan liur.
- Foto – Bellanapoli Fr
Starita
Antara restoran lama yang telah diwarisi oleh empat generasi oleh keluarga Starita dan restoran ini juga digelar antara restoran terbaik serta paling sedap di bandar Naples.
- Foto – Bloomberg
Pizzaria La Notizia
Restoran ini cukup terkenal dengan topping yang bermutu tinggi dan harganya juga agak mahal berbanding restoran pizza yang lain di bandar Naples.
Tetapi apa yang menjadikan ia restoran pizza yang popular di bandar tersebut adalah kerana rasa roti pizza yang lembut, ringan dan topping pizza yang mewah menjadi pilihan ramai orang di sana.
- Foto – Google
Antica Pizzeria Da Michele
Restoran pizza ini sangat dikenali sebagai pizza yang besar dan kemudian mendapat perhatian apabila restoran ini turut muncul dalam filem ‘Eat Pray Love’ lakonan Julia Roberts, di mana dalam filem tersebut terdapat babak Julia Roberts makan pizza dari restoran ini.
Sumpah terliur melihat pizza-pizza yang dihasilkan oleh pembuat pizza di bandar Naples Itali ini, memang lain dari pizza yang biasa kita makan di Malaysia.
Bagi yang bertuah dan ingin menjejakkan kaki ke Itali, bolehlah mencuba pizza di bandar Naples dah alang-alang datang ke Itali.
Selamat beramal!