Cinta & Perhubungan

Urutan ‘Yoni’ Untuk Isteri Yang Sukar Terangsang Masa Seks

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Urutan ‘Yoni’ Untuk Isteri Yang Sukar Terangsang Masa Seks

Urutan Yoni tidak hanya memfokuskan kepada aspek seksual tapi emosi juga.

Selepas terbaca satu masalah rumah tangga di Quora, penulis tertarik nak berkongsi kepada anda tentang Urutan ‘Yoni’.

IKLAN

“Pasangan suami isteri sibuk bekerja sampaikan tidak mempunyai masa untuk aktiviti kelamin. Tidak mudah mendapat orgasm, dan hubungan di kamar tidur juga menjadi lebih teruk dan tawar”.

Foto – Freepik

Bayangkan tanpa aktiviti hangat, maka akan hambar dan tidak bermaknalah kehidupan di kamar tidur buat kalian berdua. Apakah yang boleh dilakukan sekiranya anda atau pasangan sukar terangsang ketika aktiviti ranjang berlangsung. Nak menenteramkan anda, Urutan Yoni mungkin boleh dipertimbangkan.

Apa itu Urutan Yoni

Yoni adalah kata Sanskrit untuk vagina, dan itu diterjemahkan menjadi “ruang suci.”

Urutan Yoni adalah terapi yang membantu untuk menghilangkan tekanan seksual, fizikal dan mental wanita.

Foto – Pinterest

Merupakan sejenis urutan khusus buat wanita untuk lebih selesa dengan tubuh badan. Sesuai dengan namanya, urutan ini berfokuskan khas kepada bahagian alat sulit wanita, dan ia dan boleh dilakukan berseorangan atau bersama pasangan.

Manfaat Yoni

Urutan Yoni membolehkan anda mempelajari tentang tubuh badan dengan lebih terperinci, dengan cara perlahan dan sensual – tanpa tekanan ketika ‘bersama’ dengan pasangan.

Matlamat utama adalah untuk merasa selesa pada tubuh anda sendiri. Kenali bahagian badan mana yang sensitif dan memberi rangsangan. Yang bagusnya, sekira anda mengalami trauma seksual sehingga membuat anda tertekan ketika bersama, maka urutan ini sangat sesuai.

IKLAN
Foto – Pinterest

Ini kerana urutan ini boleh merangsang faraj anda secara seksual selain bahagian tubuh badan lain yang merupakan zon erotik seperti perut dan payudara. Wanita yang ada masalah sukar terangsang ketika seks ekoran tertekan mungkin mampu mencapai orgasma dengan mudah.

Cara melakukan Urutan Yoni

Ini adalah latihan rohani, jadi fikiran anda perlu selaras dengan badan. Anda ingin memastikan kedua-duanya bersedia untuk menikmati pengalaman ini. Ketahuilah bahawa urutan ini berbeza bergantung kepada individu itu sendiri.

Wanita harus berbaring di belakang dengan bantal yang cukup di bawah kepalanya supaya dia boleh melihat alat kelaminnya. Bantal yang lebih kecil, ditutup dengan tuala, harus diletakkan di bawah pinggulnya. Kedua-dua pasangan harus meneruskan pernafasan yang mendalam semasa keseluruhan pengalaman.

Foto – YoniLuv Journey

Selepas perlahan-lahan menggosok seluruh bahagian tubuh, pasangan yang memberi urutan harus mencurahkan sedikit minyak atau pelincir pada bahagian faraj dan perlahan-lahan menggosok di sekeliling bahagian dalam dan luar vagina. Menahan diri dari bercakap untuk membolehkan pasangan menumpukan pada urutan.

Perasaan selepas melakukan Urutan Yoni

“Pada awalnya saya sangat gugup, tetapi semasa mengurut badan saya menjadi lebih responsif. Sentuhan sangat sensitif, dan saya merasakan sensasi yang luar biasa ini di dalam badan saya. Ketika bersama dengan pasangan, saya mula merasakan satu pengalaman yang lain, yang cukup mengasyikkan, i feel much more connected“!

“Ia membantu saya melihat seks dengan cara yang lebih positif”.

Teknik ini boleh anda lakukan secara berseorang atau bersama pasangan. Urutan yoni ini wajar dilakukan buat wanita terutamanya mereka yang sukar terangsang dan ‘keras’ ketika beraksi.

Selamat Beramal!

RUJUKAN : 1234