Kesihatan

Rasa Seperti Anak Dara Dengan Rawatan Vagina Di Beauty & Co

Sofie Azizlan
/
[so-fe]
Rasa Seperti Anak Dara Dengan Rawatan Vagina Di Beauty & Co

Salun kecantikan yang berprestij, Beauty & Co telah dilancarkan buat pertama kali di Malaysia yang menempatkan ruang bersama kecantikan untuk pakar kecantikan dan pakar kulit. Mempunyai tujuh cawangan, Beauty & Co Platinum Club dan estetika pertama jenama klinik B&Co Clinic di The Gardens Mall merupakan cawangan yang paling terbesar.

Foto – Arkib Wanista

Melancarkan kempen #BVulvacious  pada pembukaan outlet itu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang merupakan ahli perniagaan dan pelanggan tetap Beauty & Co telah dirasmikan oleh beliau. Beauty & Co yang bekerjasama dengan pengacara TV Sazzy Falak telah memberikan pemahaman dan mendidik para wanita dalam pengetahuan mereka tentang vulva.

APA SEBENARNYA VULVA?

IKLAN
Foto – Pinterest

Setelah beberapa tahun lamanya, keseluruhan wanita di dunia menggunakan perkataan vagina untuk alat kelamin wanita iaitu laluan untuk melahirkan anak dan aliran haid. Istilah yang betul untuk kelentit luar dan bukaan uretra (laluan air kencing) dan faraj adalah vulva. Perkataan vulva ini amat memalukan bagi wanita untuk mengatakannya kerana ia membawa maksud lebih kepada pantang larang, malah hubungan seks dan haid.

Foto – Arkib Wanista

Bekerjasama dengan pengeluar alat-alat estetik perubatan terkenal di dunia, BTL Aesthetic (BTL), Beauty & Co dan Sazzy Falak, mereka membuktikan dan mendorong wanita untuk menghapuskan halangan mereka yang menyebabkan mereka malu dan bertindak untuk mendiamkan diri.

Foto – Arkib Wanista

Menurut Yap Yann Fang, kesihatan seksual wanita masih menjadi pantang larang dalam kalangan rakyat Malaysia yang konservatif  di mana masalah kesihatan intim tidak dapat dibicarakan dan dirawat.

“Saya telah menjumpai beberapa wanita yang sebahagian daripada mereka menghadapi masalah kesihatan intim seperti disfungsi seksual kerana kelahiran anak dan ketidakselesaan kencing,” ujar Yap Yann Fang.

Foto – Facebook

Ketika perasmian Beauty & Co, Yap Yann Fang memperkenalkan jenama pertama klinik estetik iaitu B&Co Clinic. Klinik ini dilengkapi dengan teknologi terkini yang diluluskan oleh FDA, jenama tersebut menawarkan rawatan khusus untuk masalah kesihatan intim wanita kerana kelesuan vagina (kelonggaran) seperti kekeringan, kehilangan kepuasan seksual dan ketidakselesaan kencing (kekurangan kawalan pundi kencing).

PENYELESAIAN MASALAH KESIHATAN INTIM

Rebecca Arthur, Pengurus Negara BTL yang mewakili BTL bekerjasama dengan B&Co Clinic untuk melancarkan rawatan terkini mereka iaitu gabungan rawatan BTL Ultra Femme 360 x Emsella. Kedua-dua jenis teknologi ini mampu mengubah hidup para wanita dan tidak sama seperti rawatan di pasaran lain.

Rawatan ini berfungsi menguatkan otot-otot dasar pelvis, memperbaiki kelonggaran faraj, memulihkan vulva ke keadaan yang diinginkan, muda dan segar.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Pengacara TV Sazzy Falak yang turut bekerjasama dengan Beauty & Co berkongsi tentang fakta tentang penemuan vulva seperti perbezaan antara vagina dan vulva.

“Kebanyakkan wanita memalsukan orgasme mereka dan bagaimana wanita memerlukan otot pelvis yang lebih kuat untuk mencapai orgasme mereka,” ujar Sazzy yang berkongsi pengalaman peribadinya selepas meggunakan rawatan gabungan BTL Ultra Femme 360 dan Emsella.

You deserve a better intimacy ft. Sazzy Falak

To form a strong, long-lasting bond, intimacy is not always necessary per se, but having a healthy intimate relationship with your partners is an important part of a romantic relationship for many to feel connected. Good sex life can have a big impact on the relationship and even strengthen monogamy, however, as we grow, there could be many factors that affect our experience during the process. Let’s find out how we can enhance our intimacy life with our partner with a simple, non-invasive approach

Posted by Beauty & Co on Sunday, July 19, 2020

Rawatan gabungan Ultra Femme 360 dan Emsella memberi penyelesaian rawatan tidak invasif sepenuhnya untuk masalah kesihatan intim wanita yang timbul sebagai akibat penuaan, menopaus dan melahirkan anak.

Rawatan ini mensasarkan bahagian intim dalaman dan luaran wanita untuk dirawat seperti kelesuan faraj, disfungsi seksual, ketidakselesaan kencing dan kesemuanya mempengaruhi keintiman seksual dalam hubungan, harga diri dan keseluruhan kualiti hidup.

ULTRA FEMME 360 

Foto – Lasers And Aesthetics

Ultra Femme 360 adalah proses semula jadi tubuh untuk merangsang kolagen pengeluaran untuk memulihkan dan meremajakan kawasan faraj dan vulva menjadi lebih muda.  Rawatan ini dilakukan di bahagian dalam (intravaginal) atau bahagian luar (labia),  di bibir ,untuk penampilan dan peningkatan reseptor di sekitar perineum. Rawatan ini berlangsung selama lapan minit. Tiga sesi rawatan dijadualkan seminggu sekali (disyorkan).

Harga: RM 2,500 setiap sesi

EMSELLA

Foto – Premiere Dermatology

Dengan mensasarkan seluruh kawasan dasar pelvis wanita untuk rawatan ketidakselesaan. Berfungsi untuk merawat ketiga-tiga jenis ketidakselesaan kencing (tekanan, dorongan dan campuran) pada wanita disebabkan oleh kehamilan, bersalin, keturunan dan penuaan. Inovasi teknologi ini memulihkan kawalan neuromuscular melalui rangsangan otot dasar pelvis.

Pada setiap satu sesi, 11,000 kotraksi otot dasar pelvis supramaximal, setanding dengan 11,000 Kegel dalam 28 kitaran minit. Dengan otot pelvis yang lebih kuat, wanita bukan sahaja tidak mengalami ketidakselesaan kencing tetapi orgasme yang lebih kuat. Rawatan ini dijalankan hanya 30 minit bagi satu sesi. Dengan mengikut nasihat doktor, anda disyorkan untuk melakukan rawatan ini dua kali seminggu selama tiga minggu.

Harga: RM 800 setiap sesi

BEAUTY & CO

Dipantau oleh CEO Yap Yann Fang, seorang veteran penjagaan kecantikan dengan mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun, Beauty & Co telah berkembang dengan pesat sejak penubuhannya pada 2018.

“Terdapat lebih daripada 50,000 jurusolek dan 10,000 salun kecantikan kecil di Lembah Klang dan kesemua mereka mempunyai nilai, kepercayaan dan mentaliti yang berbeza. Dengan kebanyakkan orang mencari waktu kerja yang fleksibel kini, saya membayangkan platform yang dapat menyatukan semua jurusolek dan memperkasakan mereka dalam membina sebuah ekosistem baru di mana mereka bekerjasama antara satu sama lain dan bukannya bersaing,” ujar Yap Yann Fang, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Beauty & Co.

Foto – Arkib Wanista

Ruang salun kecantikan Beauty & Co yang sangat bergaya dan Instagramable, ruang kerja ini dipenuhi dengan teknologi kecantikan dan peralatan terkini seluas 6,800 kaki persegi. Merangkumi tiga bahagian iaitu ruang kerjasama Beauty & Co yang bereklusif untuk kecantikan, Beauty & Co Platinum Club menawarkan perkhidmatan kecantikan dan kesihatan;  B&Co Clinic menawarkan rawatan estetika baru menggunakan teknologi yang disahkan oleh FDA yang ditingkatkan.

Outlet di The Gardens Mall ini juga mempunyai ruang untuk anak-anak dan ruang solat untuk keselesaan pelanggan serta privasi. Mempunyai 26 bilik rawatan, termasuk dua suite VIP double-spa mewah yang mempunyai jakuzi dan pemandangan yang memberikan ketenangan, Beauty & Co menawarkan pengalaman rawatan kecantikan dalam suasana yang mewah.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi Beauty & Co, Facebook dan Instagram.