Kecantikan

Alasan Kenapa Puteri Diana Tak Pakai Lagi Eyeliner Biru

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Alasan Kenapa Puteri Diana Tak Pakai Lagi Eyeliner Biru

Puteri Diana gila bersolek dan suka eksperimen!

Puteri Diana selamanya adalah ikon. Pilihan fesyen dan penampilan kecantikan memberi inspirasi hingga ke hari ini, tetapi dalam banyak-banyak ada satu pilihan yang menjadi persoalan.

Pada tahun-tahun awalnya sebagai public figure, sama ada dalam lawatan kerajaan atau hanya menghadiri makan malam, puteri kesayangan rakyat ini tidak pernah dilihat tanpa eyeliner berwarna biru, yang juga merupakan signature. Sehinggalah seseorang menegur stail solekannya.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Tiada Lagi Eyeliner Biru

Mary Greenwall, jurusolek peribadi Diana meyakinkan Diana untuk membuang eyeliner biru. Dalam temu ramah eksklusif dengan Yahoo Beauty, Mary mengakui bahawa dia mendorong Diana untuk menukarnya dengan warna yang lebih lembut dan tidak menonjol.

“Saya rasa beiges dan coklat jauh lebih cantik. Lagi simple dan klasik,” katanya.

Hanya kerana dia memutuskan untuk tidak lagi memakai eyeliner biru, itu tidak bermakna untuk tampil biasa, Mary masih lagi bermain dengan solekan mata Diana yang cantik menawan. Diana dan Mary bekerjasama untuk menonjolkan stail dengan cara lain.

Foto – Arkib Wanista

“Diana sukakan solekan mata yang bold dan memakai maskara untuk nampak lagi berseri.

“Disebabkan Diana adalah public figure dan dikehendaki menghadirkan diri ke pelbagai acara. Jadi, sangat tidak sesuai untuk tampil dramatik bila berdepan dengan khalayak umum.

Mary juga mendedahkan bahawa Diana sangat gemar bersolek sehingga kadang-kadang akan membuat penampilannya sendiri. Hebatkan…

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

“Diana suka bersolek dan bereksperimen. Dari eyeshadow hijau ke biru, eksperimen dengan cara untuk menonjolkan matanya. Ia sangat penting untuk membuat matanya kelihatan cantik sepanjang masa,” jelas Mary.

Dan setiap solekan Diana berjaya memukau semua orang. No wonder dia puteri kesayangan.

Mekap Stail Puteri Diana

Siapa suka bolehlah tiru. Selamat Beramal!

RUJUKAN : 12