Kesihatan

Kulit Lebih Sihat & Cantik Dengan Suplemen Herbalife Collagen Plus Powder

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Kulit Lebih Sihat & Cantik Dengan Suplemen Herbalife Collagen Plus Powder

Pengambilan minuman suplemen antara alternatif untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat dan cantik.

Untuk pengetahuan anda, bagi mengecapi itu, Herbalife Nutrition telah melancarkan supplemen kesihatan – Herbalife Collagen Plus Powder untuk membantu para pengguna miliki kulit yang lebih sihat idaman setiap orang.

IKLAN

“Dengan suka citanya kami memperkenalkan Herbalife Collagen Plus Powder di pasaran Malaysia. Kulit merupakan organ terbesar dan paling terdedah perlu dijaga sebaiknya.

Melalui tambahan ini, golongan lelaki dan wanita tanpa mengira usia boleh miliki kulit yang lebih sihat,” ujar Steven Chin, Pengurus Besar dan Pengarah Herbalife Nutrition Malaysia.

Foto – Herbalife Nutrition

Kolagen merupakan sejenis protein yang paling banyak terkandung dalam tubuh kita, ia boleh ditemui dalam otot, tulang, kulit, saluran darah, sistem penghadaman dan tendon.

Ia memberikan kulit kita kekuatan dan keanjalan, yang bukan saja menyumbang kepada penampilan awet muda, malah memeliharan kesihatan kulit. Bagaimanapun, bila penuaan berlaku, pengeluaran kolagen juga berkurang.

Magik Herbalife Nutrition Collagen Plus Powder

Mengandungi kolagen terhidrolisis berasaskan ikan sebagai bahan utama, diperbuat daripada kolagen bermolekul rendah. Ideal bagi mereka yang ingin meningkatkan dan mengoptimumkan pengeluaran kolagen, serta peliharan kesihatan kulit.

Berbekalkan bahan tambahan seperti CoQ10, vitamin C, B2, B3, B6, Biotin, Zink dan Kuprum, pertumbuhan kolagen dan formasi antioksidan dalam badan dapat digiatkan.

Wanista Dah Cuba

Untuk setiap gelas, anda dikehendaki meletakkan dua sudu powder. Bancuh bersama air suam atau air sejuk mengikut tekak masing-masing, tapi sebaiknya air suam. Rasa agak masam tapi masih lagi sedap. Ambil pada waktu pagi semasa perut kosong.

Foto – Herbalife Nutrition

Pengambilan berterusan dapat membekalkan nutrien tambahan yang asas untuk kulit dan rambut yang sihat. Jika berminat, boleh semak di laman web rasmi Herbalife untuk maklumat lanjut.

Selamat Beramal!

IKLAN