Ada sesiapa yang menggunakan pencuci muka Senka Perfect Whip? Ramai cakap pencuci muka murah ini tersangatlah bagus.
Tahukah, produk ini telah menjadi pencuci muka nombor satu di Jepun selama 10 tahun berturut-turut. Selain itu, kita dapati ada beauty junkies yang membeli cleanser ini secara pukal setiap kali mereka mengunjungi Jepun, malah di drugstore juga selalu sahaja kehabisan stok.
Terkenal dengan tekstur white foam yang kaya dan padat, pembersih ini mengangkat kotoran dari kulit secara ringan dan lembut. Penggunaan berterusan membantu anda mencapai ‘Suppin Skin’ – wajah tanpa mekap yang bersih bersinar, lembap dan bebas dari cela.
Ramuan Ajaib
Mempunyai formula sutera putih yang dihasilkan secara semula jadi untuk melindungi sambil menjadikan kulit lembut, asid hyaluronik berganda yang melembapkan, serta keunikan ramuan Aqua-in-Pool yang melindungi dan menguatkan kulit daripada kerosakan.
- Foto – Beauty Insider Phillipines
Nikmati sensasi lembut pada kulit kerana white foam mengandungi zarah ultra-halus yang menembusi liang dengan mudah untuk membersihkan kotoran sambil menjaga kulit sentiasa terhidrat.
Produk yang direka untuk menenangkan kulit memenuhi setiap jenis kulit – yang kering, normal, sensitif dan kombinasi boleh guna tanpa was-was. Ramuan genius menjadikan ia kegemaran kebanyakan orang, bahkan dianggap produk suci oleh sebilangan orang.
Komen Pengguna
Perkara terbaik mengenai Senka Perfect Whip adalah ia murah. Bayangkan hanya aplikasi satu tiub boleh bertahan selama berbulan-bulan. Memang berbaloi! Walaupun foam agak padat tapi ia tidak menjadikan kulit kering dan kesat, rasa ringan saja.
Pembersih ini membersihkan kotoran sambil menyuntik kulit dengan asid hyaluronik untuk melembap. Ia berfungsi dengan baik pada jenis kulit berminyak, kering, dan kombinasi.
Produk ini bebas warna tiruan dan alergi. Sama ada anda mempunyai kulit berminyak, kering, normal atau sensitif, Perfect Whip sangat sesuai untuk anda. Lagi satu yang best harganya murah. Tapi masih setanding produk mahal.
Sebenarnya kulit terasa lebih sihat dibandingkan dengan pembersih lain. Bila pakai, terus kulit rasa lembap dan lembut. Confirm akan beli lagi!
Untuk pengetahuan anda, Senka tidak hanya miliki range ini saja, terdapat beberapa koleksi lain sesuai dengan masalah kulit. Contoh seperti Perfect Whip White Clay, Perfect Whip Fresh, Perfect Whip White, Perfect Whip Collagen dan juga Senka Perfect Whip Acne Care.
Produk terlaris kerana harganya yang murah, Senka Perfect Whip berfungsi dengan baik untuk jenis kulit kering serta bagi mereka yang mempunyai kulit berjerawat. Ia mampu membersihkan dengan baik tanpa menghilangkan minyak semula jadi pada kulit. Bahkan, ia meninggalkan kulit anda dengan aroma yang menyenangkan dan rasa ringan.
Nak cuba cuci muka dengan Senka Perfect Whip, Watsons hanya jual RM17.91 saja. Selamat Mencuba!