“Sayang you nampak lain lah, mengancam sangat sekarang ini. So sexy and charming!”
Suami mana yang tak sayang isteri yang pandai jaga penampilan, kecantikan dan penjagaan dalaman betul tak?
Tapi wanita tak tahu yang sebenarnya orang lelaki ini lagi suka kalau isteri mereka rajin bersenam, kalau nak tahu kenapa mereka suka isteri rajin bersenam jom selongkar rahsia encik suami di bawah.
#1 Kesihatan Terjaga
Kalau kamu beritahu suami kamu yang kamu ingin mula konsisten bersenam setiap hari atau tiga kali seminggu, dah cukup buat sang suami tersenyum hingga ke telinga. Bagi suami tiada apa yang penting selain isteri mereka dapat jaga dan maintain kesihatan diri.
Lagi pun kan dah janji nak hidup sehingga hari tua, jadi dengan bersenam barulah kesihatan terjaga betul tak?
- Foto – Muscle Prodigy
#2 Bina Daya Tahan Badan
Selain bersenam dapat menjaga kesihatan diri, ia juga dapat membantu kamu membina daya tahan pada tubuh. Jadi kalau sebelum berkahwin lagi kamu memang jenis rajin bersenam lagi bagus untuk diri kamu, ya lah bila jadi isteri banyak tugas perlu di galas dan di lakukan terutama aktiviti di bilik tidur. Opss..
- Foto – Wallpaper
#3 Stamina Kuat
Dengan bersenam kamu juga dapat membentuk stamina diri yang kuat, tahu tak sebenarnya orang lelaki sangat suka wanita mempunyai stamina diri yang kuat sebab nanti boleh buat senaman rutin bersama-sama setiap hari di rumah. So sweet kan..
- Foto – Arkib Wanista
#4 Tingkatkan Hormon Seks
Wanita mempunyai beberapa hormon seks seperti estrogen, progesterone dan juga testosterone yang berperanan meningkatkan daya rangsangan terhadap seks.
Jadi untuk mendapatkan hormon seks yang aktif dan sihat dalam tubuh kamu, salah satu caranya adalah dengan bersenam dan mengamalkan tabiat pemakanan yang betul.
Jadi dengan bersenam barulah hormon seks jadi aktif dan bertambah, sebab itu encik suami sokong sangat-sangat kalau kamu bersenam apatah lagi kalau kamu ajak encik suami ikut bersenam sama lagilah dia suka.
- Foto – Her Norm
#5 Dapat Nikmati Waktu Seks Lama
Bila tubuh sihat, daya tahan hebat dan stamina diri kuat barulah dapat nikmati waktu asmara di ranjang lama bersama encik suami, almaklum orang lelaki kan mempunyai daya tahan dan stamina yang banyak berbanding wanita.
Jadi apabila kamu dah selalu bersenam, sedikit sebanyak dapatlah bertahan lama sikit ketika berasmaradana bersama encik suami betul tak.
- Foto – Panda Gossips
#6 Hubungan Suami Isteri Makin Intim
Banyak manfaat jika kamu rajin bersenam kerana dengan bersenam hubungan kamu dan suami juga bertambah erat dan intim. Mana tidaknya dah berkerap berkepit dan bersenam pun ditemani orang yang kita sayang betul tak?
- Foto – Love Catalogue
#7 Rumah Tangga Kekal Harmonis
Jadi bersenam ini juga adalah kunci rahsia bagi mengekalkan rumah tangga yang harmonis dan InsyaAllah berkekalan hingga akhir hayat. Jangan pandang rendah manfaat bersenam ini!
- Foto – Aloe Cadabra
Inilah beberapa aspek kenapa orang lelaki suka sangat kalau isteri dia rajin bersenam, kalau nak jaga rumah tangga dan hubungan yang baik jom mula bersenam dari sekarang.
Selamat beramal♥