Kesihatan

Bahaya Tidur Dalam Bilik Yang Tertutup Rapat, Elok Buka Sikit Tingkap

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Bahaya Tidur Dalam Bilik Yang Tertutup Rapat, Elok Buka Sikit Tingkap

Pernah tak kamu rasa pening, nak muntah dan sesak nafas semasa tidur di bilik? Jika kamu pernah mengalaminya cuba ingat semula adakah kamu tidur dalam bilik dengan menutup pintu dan tingkap bilik pada waktu itu.

Jika kamu tidur dengan kesemua tingkap dan pintu bilik di tutup rapat, ia mungkin penyebab mengapa kamu mengalami gejala tersebut.

Tahu tak sebenarnya bahaya kalau tidur dalam bilik yang tanpa perjalanan udara yang baik dalam bilik, ini antara sebab mengapa berbahaya untuk kamu tidur dalam bilik yang tidak membuka pintu atau tingkap semasa tidur.

IKLAN

Terperangkap Dengan Gas Karbon Monosida

Tahukah kamu risiko tidur dalam bilik tanpa membuka sedikit pintu atau tingkap boleh menyebabkan kamu menghidu gas karbon monosida yang terhasil daripada gas memasak di dapur, gas dari alat pemanas dan barang-barang elektrik lain.

Foto – Arkib Wanista

Gas ini akan berasa di setiap ruang yang ada di dalam rumah hatta di dalam bilik sekalipun, kemudian kamu tidur pula bilik yang di tutup pintu dan tingkap dengan rapat.

Kesan dari menghidu gas yang tanpa bau dan warna ini boleh menyebabkan kamu mengalami, cepat berasa letih, sakit kepala, berasa keliru, rasa loya atau nak muntah, pening dan juga boleh menyebabkan kematian.

Tambahan lagi gas ini lagi berbahaya dan sensitif jika wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak serta golongan warga tua menghidu gas tersebut sewaktu tidur. Ini boleh menyebabkan berlakunya penyakit hati dan paru-paru.

Radon Gas Radioaktif Yang Membawa Maut

Apa pula radon ini, sebenarnya radon merupakan gas radioatif yang menyerap masuk tanah dan batu-batu yang terdapat di rekahan di dinding bilik atau rumah. Gas radon ini boleh menyebabkan risiko penyakit kanser paru-paru.

Foto – Arkib Wanista

Jadi jika dinding di dalam bilik kamu mempunyai rekahan, berkemungkinan gas radon telah meresapi ke dalam rekahan di dinding bilik kamu.

Kemudian kamu tidur tanpa membuka sedikit pintu dan tingkap, kamu telah menghidu gas radon tanpa sedar dan berpotensi tinggi menghidap kanser paru-paru apatah lagi kamu seorang perokok lagi tinggi risiko kematian.

Produk Pembersihan Bilik Penyebab Kesihatan Merundum

Jika kamu jenis yang suka bersihkan bilik menggunakan produk-produk pembersihan yang mengandungi bahan kimia, ia boleh menjejaskan kesihatan kamu untuk jangka masa panjang.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Bagaimana perkara ini boleh berlaku adalah kerana kamu telah menghidu bau bahan kimia tersebut apabila tidur di dalam bilik yang terperap dengan pintu dan tingkap bilik yang di kunci rapat.

Kesan menghidu bau produk-produk ini semasa tidur adalah kamu akan mengalami rasa pening, loya atau rasa nak muntah, berlaku kesan alahan, berpotensi menghidap kanser, mengalami penyakit paru-paru, rasa iritasi pada kulit dan mata.

Sick Building Syndrome @ Penyakit Ruang Tertutup

Sick Building Syndrome (SBS) atau penyakit ruang tertutup ini berlaku kerana peraliran udara yang tidak baik dan kualiti udara yang teruk kerana wujudnya gas-gas seperti karbon monosida, asbestos, asap rokok, bau bahan kimia dari produk pembersihan yang terdapat dalam ruang tertutup seperti di bilik tidur.

Foto – Arkib Wanista

Sebab itu penting sebelum tidur buka sedikit pintu atau tingkap bilik, agar penyakit Sick Building Syndrome ini tidak berlaku.

Antara kesan SBS pada diri adalah rasa iritasi pada tekak, rasa sukar bernafas, dada rasa ketat atau sesak, timbul kesan alahan seperti bersin, rasa gatal pada kulit dan rasa sakit kepala serta pening.

Manfaat Buka Sedikit Pintu Atau Tingkap Bilik Tidur

Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan selamat penting untuk kamu buka sedikit pintu atau tingkap sebelum tidur bagi melepaskan gas-gas berbahaya yang terperap dalam bilik keluar dan digantikan dengan udara segar dari luar.

Ini antara beberapa manfaat jika kamu amalkan tidur sambil membuka tingkap atau pintu bilik sedikit.

Foto – Sleep Sugar

Tidur Nyenyak Dengan Suhu Rendah Dan Udara Segar

Saintis percaya untuk mendapatkan tidur yang berkualiti ianya berkait rapat dengan peredaran udara segar dalam bilik, yang dapat membuatkan kita tidur dengan selesa dan tenang.

Selain itu, suasana dan persekitaran bilik tidur yang bersuhu rendah adalah kunci untuk mendapatkan tidur yang bagus juga.

Justeru itu, dengan membuka sedikit tingkap atau pintu bilik, suhu dalam bilik akan menurun dan udara segar akan masuk memenuhi segenap ruang dalam bilik. Manakala gas bahaya yang terperap akan beredar keluar menerusi tingkap atau pintu bilik yang di buka.

Foto – Arkib Wanista

Kekalkan Tahap Kelembapan Bilik Tidur

Tiada siapa yang mahu tidur dalam bilik tidur yang terlalu panas hingga menyebabkan rasa sesak nafas dan pening kepala bukan? Justeru itu, untuk mengekalkan tahap kelembapan dalam bilik cara yang cepat, mudah dan selamat adalah dengan membuka sedikit pintu atau tingkap bilik sebelum tidur.

Foto – Unsplash

Bunyi Alam Semula Jadi Menenangkan Jiwa

Tidur buka tingkap sambil ditemani dengan bunyi alam semula jadi seperti bunyi hujan renyai-renyai atau bunyi cengkerik di waktu malam umpama lagu alam yang menenangkan jiwa dan membuatkan kamu tidur dengan lebih baik serta berkualiti.

Dan apabila bangun pagi, kamu dikejutkan dengan bunyi lembut kicauan burung-burung atau kokokan ayam membuatkan hari berasa segar, cergas dan bangun dengan hati yang gembira.

Foto – Arkib Wanista

Bagi yang ingin tidur berkualiti dan dalam masa yang sama dapat menjaga kesihatan diri, maka amalkan tidur dengan membuka sedikit pintu atau tingkap bilik bagi udara segar dapat memasuki ruang bilik.

Selain itu, kita juga dapat membuang gas-gas berbahaya, yang kita tidak tahu ada dalam bilik tidur.

Kamu biasa tidur dengan tingkap terbuka atau kuakkan pintu bilik? Jika tidak mungkin kamu dah boleh cuba belajar biasakan bermula hari ini.

Selamat beramal♥

Rujukan: 1, 2, 3,