Makanan

Jagung Berkhasiat Atau Tidak? 5 Perkara Kamu Kena Tahu

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Jagung Berkhasiat Atau Tidak? 5 Perkara Kamu Kena Tahu

Kebelakangan ini penulis ketagih dengan jagung manis atau sweet corn. Walaupun harganya sedikit mahal nak dibandingkan dengan jagung biasa, tapi disebabkan rasa manis asli dan tekstur rangup, penulis tutup sebelah mata bila nak membayarnya.

Jagung manis boleh diibaratkan sebagai guilty pleasure, sekali makan rasa nak lagi. Tapi sejauh mana khasiat jagung? Itulah yang nak dibincangkan. Asyik makan tapi bila bercakap bab khasiat kita tak tahu… tak boleh juga.

Kira-kira 10,000 tahun yang lalu, jagung mula-mula ditanam di beberapa bahagian di Mexico dan Amerika Tengah. Jagung biasanya berwarna putih atau kuning tetapi ada juga yang warna merah, ungu, malah biru.

IKLAN
Foto – Bakery and Snacks

Jagung biasanya dianggap sebagai sayur-sayuran tetapi sebenarnya adalah bijirin, yang kaya serat, vitamin, mineral dan antioksidan. Sekiranya anda gemar makan jagung maka inilah masa untuk menambahkannya ke dalam diet pemakanan anda.

Jagung mungkin tinggi gula (sukrosa), tetapi ada beberapa sifat lain dari bijirin ini yang tidak boleh diabaikan. Makan jagung, anda mungkin boleh mendapat manfaat kesihatan seperti berikut.

Mengurangkan risiko Anemia

Jagung kaya akan vitamin B12, asid folik dan zat besi yang membantu penghasilan sel darah merah dalam badan. Ia membantu mengurangkan risiko Anemia, dengan membekalkan nutrien yang cukup yang diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah.

Menurut pakar pemakanan, 1 cawan jagung mentah mengandungi 125 kalori, 27 g karbohidrat, 4 g protein, 9 g gula, 2 g lemak dan 75 mg zat besi.

Penambah tenaga

Sekiranya anda seorang atlet atau suka berpeluh di gim, maka sebaiknya masukkan jagung dalam pemakanan harian untuk menambah tenaga. Jagung mengandungi karbohidrat kompleks yang dicerna dengan kadar yang lebih perlahan, yang seterusnya memberikan tenaga untuk jangka masa yang lebih lama.

IKLAN
Foto – Women’s Health

Satu cawan jagung menghasilkan sekitar 29 gram karbohidrat yang bukan sahaja memberikan tenaga fizikal tetapi memastikan otak dan sistem saraf berfungsi dengan baik.

Untuk yang underweight

Adakah anda kekurangan berat badan? Dan sukar untuk menambah berat badan dengan cara yang sihat? Jagung adalah makanan tambahan untuk anda yang ingin menambah berat badan.

Makan snek ringan yang kaya dengan lemak jahat hanya akan menyebabkan anda menghadapi masalah kesihatan lain dalam jangka masa panjang. Tetapi dengan jagung, bukan sahaja anda mendapat kalori yang sihat, anda juga mendapat banyak vitamin dan serat berkualiti.

Menurunkan tahap gula darah dan kolesterol

Jagung manis dan minyak jagung meningkatkan alarna darah, menurunkan penyerapan kolesterol dan mengatur insulin, menjadikannya pilihan yang baik untuk pesakit diabetes dan kolesterol. 

Menurut Perunding Diet dan Kesihatan yang berpusat di Bangalore, India, Dr. Sheela Krishnaswamy, “Jagung kaya dengan karbohidrat, ia adalah sumber tenaga yang hebat. Jagung juga kaya dengan vitamin B1, B5 dan C, yang membantu dalam memerangi penyakit dan menghasilkan sel baru.

Foto – Times of India

Tinggi dengan serat, jagung juga membantu menurunkan kadar kolesterol dalam badan dengan mengurangkan kadar gula darah pada penghidap diabetes.

Memelihara kulit yang sihat

Jagung mengandungi vitamin C dan lycopene (antioksidan) yang meningkatkan penghasilan kolagen dan mencegah radikal bebas yang dihasilkan oleh UV daripada merosakkan kulit.

Selain dimakan, produknya seperti minyak jagung, pati jagung boleh digunakan secara langsung pada kulit dan sering digunakan sebagai ramuan dalam banyak produk kosmetik. Oleh itu, cari kebaikan jagung dengan menambahkannya ke dalam makanan anda.

Jagung biasanya dimakan sebagai jagung manis, popcorn, tortilla, kerepek, tepung jagung, bubur jagung, minyak dan sirap, atau ditambah ke dalam makanan serta hidangan lain.

RUJUKAN : 123