Fesyen

Dari Burberry Hingga Balmain, Fesyen Memukau Beyonce Dalam ‘Black Is King’

Sofie Azizlan
/
[so-fe]
Dari Burberry Hingga Balmain, Fesyen Memukau Beyonce Dalam ‘Black Is King’

Diilhamkan oleh filem klasik Disney “The Lion King“, Beyoncé telah menonjolkan kepelbagaian tradisi, sejarah dan identiti Afrika dalam sebuah album visualnya, Black Is King.

Di dalam album visual ini, anda pasti terpegun melihat kepelbagaian fesyen dari Burberry sehingga Valentino serta beberapa pereka tempatan yang dikenakan oleh Beyoncé bagi menonjolkan dan disesuaikan dengan album Black Is King.

#1 TANAYA HENRY 

IKLAN
Foto – Instagram

Gaun crystal fringe adalah salah satu gaun yang menampilkan banyak kilauan dalam Black Is King. Tanaya Henry, pereka yang mengkhususkan diri dalam bidang kristal dalam labelnya iaitu Lace by Tanaya.

Jenama menawarkan kepelbagaian bikini, topeng muka, perhiasan dan banyak lagi. Berpusat di Los Angeles, barangan Lace by Tanaya juga boleh dibeli dalam talian.

#2 VALENTINO 

Foto – Red Carpet Fashion Awards

Cetakan haiwan yang diinspirasikan daripada The Lion King, Valentino jacquard leopard jumpsuit ini dihiasi dengan sequins dan rhinestones. Jumpsuit ini mungkin kelihatan sedikit berlebihan tetapi Beyoncé menyesuaikan jumpsuit ini dengan cermin mata hitam yang dihiasi dengan kristal dari A-morir.

Foto – Entertainment Tonight

#3 MARINE SERRE 

IKLAN
Foto – Elle

Jumpsuit daripada Marine Serre ini dihiasi dengan cetakan bulan sabit. Beyoncé yang telah menjadi peminat jenama Perancis ini pernah memakai salah satu jumpsuit keluaran jenama ini di permainan NBA pada tahun lalu.

#4 LOZA MALÉOMBHO 

Foto – Dazed

Berasal dari Ivory Coast, Loza Maléombho telah mereka satu pakaian yang membawa identiti kerabat diraja Afrika. Pereka ini melihat Beyoncé sebagai satu konsep yang sempurna dengan mengenakan striped blazer di mana bahagian bawahnya dipadankan dengan perkakasan emas.

#5 BURBERRY 

Foto – Lab.fm

Riccardo Tisci memperkenalkan pakaian yang mempunyai cetakan lembu kepada Burberry untuk Spring 2019 telah digunakan oleh Beyoncé dalam Black Is King pada korset dan miniskirt ensemble.

#6 DÉVIANT LA VIE 

Foto – Hashtag Legend

Déviant La Vie adalah sebuah jenama di Los Angeles yang menghasilkan sebuah gaun kait berwarna putih yang dipakai oleh Beyoncé. Perincian tali pada bustier nods yang menunjukkan perhambaan.

Beyoncé telah memadankan pakaian tersebut dengan sarung tangan renda bewarna putih dan sepasang cermin mata yang dihiasi dengan kristal.

#7 AREA 

Foto – Lifestyle Asia

Area, sebuah jenama di New York yang terkenal dengan rhinestone turut mengambil bahagian dalam menyediakan satu pakaian untuk dipakai oleh Beyoncé dalam Black Is King.

Memadankan crystal crochet poncho dengan potongan rambut serta perhiasan kepala dan anting-anting daripada koleksi Area’s Fall / Winter 2020.

#8 ALON LIVNÉ

Foto – Entertainment Tonight

Alon Livné, pereka yang berpusat di Tel Aviv, menawarkan gaun lengan pendek yang dipadankan dengan crochet skirt yang menonjolkan elegan Beyoncé .

#9 MOLLY GODDARD 

Foto – Popsugar

Tulle dress oleh Molly Goddard telah memberikan keajaiban dalam Black Is King. Pernah digayakan oleh Rihanna, dipaparkan dalam Killing Eve dan dibuat semula semasa lockdown telah menarik perhatian ramai penonton yang melihat album visual Beyoncé.

#10 SCHIAPARELLI 

Foto – Lifestyle Asia

Penampilan Naomi Cambell di samping Beyoncé telah menunjukkan gaun Schiaparelli hasil Daniel Roseberry yang menakjubkan. Daniel telah menghasilkan koleksi gaunnya hasil daripada lukisan kasarnya di Paris Haute Couture Fashion Week.

#11 MARY KATRANTZOU 

Foto – Arkib Wanista

Gaun yang diambil daripada Autumn Winter 2019 Collection, Mary Katrantzou telah memberikan penampilan baharu dengan menyatukan dual texture iaitu taffeta dan bulu sambil menggunakan warna ombre iaitu dari ungu ke biru.

#12 WENDY  NICHOL 

Foto – Arkib Wanista

Mengenakan gaun daripada Wendy Nichol yang dibuat khas ini menunjukkan bentuk badan Beyoncé dengan high slit dan fabrik yang bertekstur.

#13 BALMAIN 

Foto – Lifestyle Asia

Warna kuning dan ruffle hasil Balmain ini merupakan two-piece yang disambungkan oleh circular silver hardware yang dapat memanjangkan lagi off-the-shoulder top.

#14 ASHI STUDIO 

Foto – Forbes

Dihasilkan oleh Ashi Studio yang bertapak di Beirut, gaun khas black-feathered bustier yang direka menggunakan bulu-bulu berwarna hitam dibuat menggunakan tangan dan mengambil masa selama 70 jam.

#15 D.BLEU.DAZZLED

Foto – The Cut

D Bleu Dazzled merupakan pereka yang khusus dalam menggunakan kristal, pakaian dalam dan pakaian persembahan khusus. Pengasasnya yang bekerjasama dengan Beyonce untuk The Formation Tour, telah menghasilkan bodysuit yang dihiasi dengan berlian untuk dipakai oleh Beyoncé dalam Black Is King.

Ketika trailer projek album visual pada awal bulan Julai ditayangkan, Beyonce menyatakan bahawa beliau ingin menyampaikan sejarah tradisi Afrika, “Melalui album visual ini, saya ingin menyampaikan Black History dan tradisi Afrika dengan sentuhan moden dan beberapa mesej dengan apa yang dimaksudkan dengan mencari identiti dan usaha dalam membina warisan”.

RUJUKAN: 1, 2, 3