Kesihatan

Kenapa Ada Bulu Panjang Tumbuh Di Badan Saya?

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Kenapa Ada Bulu Panjang Tumbuh Di Badan Saya?

“Pernah tak anda lihat lengan sendiri, dan tiba-tiba ada bulu yang tumbuh panjang. Ada satu bulu yang ganjil tumbuh panjang? Anda tarik punyalah panjang.”

Jangan risau, benda ini berlaku kepada kebanyakan kita. Semasa menggaru leher atau menyentuh lengan, tiba-tiba kita dapati ada bulu yang sangat panjang dan nipis, yang sepertinya tumbuh semalaman.

Sebenarnya tidak ada istilah khusus untuk rambut nipis panjang yang tumbuh di badan. Walau bagaimanapun, terdapat teori yang menjelaskan fenomena ini.

IKLAN

Tidak Bahaya

Ahli dermatologi mengatakan bahawa bulu panjang yang tumbuh disebabkan faktor hormon dan genetik yang menjadikan bulu tertentu tumbuh lebih lama daripada yang lain.

Foto – Brightside

Adanya bulu yang tumbuh secara berkala (lebih panjang dan berwarna lain) mungkin disebabkan faktor :

  • Hormon
  • Penggunaan krim tertentu
  • Variasi genetik dari folikel rambut

Mutasi secara rawak membolehkan beberapa folikel rambut ‘terpilih’ untuk bertahan lebih lama dalam fasa anagen – rambut tumbuh secara aktif. Akibatnya, folikel ini mempunyai lebih banyak masa untuk menumbuhkan bulu yang lebih panjang.

Hormon yang berlaku di tempat yang berlainan, seperti dagu atau t-zone juga boleh mencetuskan pertumbuhan bulu abnormal ini. Walau bagaimanapun, secara amnya keadaan ini tidak berbahaya. Sekiranya mengganggu, anda boleh menggunting atau mencabut bulu tersebut.

Apapun bulu ini sangat nipis dan hampir dengan warna kulit kita dan ia hampir tidak kelihatan dibandingkan dengan bulu kita yang ‘normal’. Itulah sebabnya kadang-kadang kita memerlukan masa yang lama untuk mencari bulu rambut ini – ia terus tumbuh tanpa disedari.

Foto – Brightside

Jangan risau dan selamat beramal!

RUJUKAN : 12

IKLAN