Hiburan

Sikap Tutup Sebelah Mata Ellen DeGeneres Punca Tempat Kerja Toksik

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Sikap Tutup Sebelah Mata Ellen DeGeneres Punca Tempat Kerja Toksik

Baru-baru nama Ellen DeGeneres naik di enjin carian Google kerana dituduh penyebab berlakunya pembulian dan gangguan seksual di tempat kerja.

Ramai pekerja Ellen yang bekerja di sebalik tabir bagi program rancangan ‘The Ellen DeGeneres Show’ mula menyuarakan masalah dan layanan buruk yang mereka alami sepanjang bekerja di bawah Ellen secara terang-terangan.

Seperti yang sedia maklum Ellen merupakan pengacara bagi rancangannya sendiri iaitu ‘The Ellen DeGeneres Show’, program ini telah ditayangkan sejak tahun 2003 hinggalah pada tahun ini dan mempunyai 17 siri setakat ini.

IKLAN

Bayangkan selama 17 musim rancangan tersebut ditayangkan, agak-agak berapa ramai pekerja yang bekerja di bawah produksi Ellen ini telah dianiaya dan di tindas oleh eksekutif tinggi rancangan popular ini?

Singkap skandal tempat kerja toksik Ellen di bawah.

Pembulian Dan Gangguan Seksual Oleh Eksekutif Tinggi Ellen

Foto – Arkib Wanista

Tiga eksekutif tinggi dalam produksi Ellen iaitu Ed Glavin, Mary Connelly dan Andy Lassner di tuduh melakukan pembulian dan penindasan ke atas pekerja bawahan produksi.

Manakala eksekutif produser Jonathan Norman dan ketua penulis merangkap eksekutif produser Kevin Leman di tuduh melakukan gangguan seksual ke atas pekerja bawahan produksi.

Foto – Arkib Wanista

Meskipun nama pegawai eksekutif tinggi Ellen ini sedang hangat diperkatakan sosial media dan juga internet, masing-masing menafikan tuduhan yang dilemparkan oleh pekerja dan bekas pekerja produksi ‘The Ellen DeGeneres Show’ ini.

Konflik Perkauman Dan Tempat Kerja Toksik

Foto – Film Daily

Bukan itu saja, bekas pekerja dan pekerja yang masih bekerja dengan Ellen masing-masing menyatakan mereka telah di buli dan di tindas. Nak tahu apa lagi masalah yang tular di tempat kerja rancangan popular US ini, lihat di bawah.

  • Ada pekerja diberhentikan kerana menghadiri upacara pengkebumian ahli keluarga atau mengambil cuti sakit.
  • Ada seorang wanita terpaksa berhenti kerja kerana pegawai atas memberi komen berbaur perkauman.
  • Pekerja di suruh tidak berkata dengan Ellen semasa di set penggambaran.
  • Ada pekerja di suruh mengunyah gula-gula getah sebelum bercakap dengan Ellen, kerana hidung Ellen sensitif.
  • Ellen membuat polisi tidak masuk akan dengan tidak membenarkan pekerja makan ikan atau daging sebagai menu makan tengah hari di tempat kerja.

Sikap Ellen Tutup Sebelah Mata, Punca Budaya Toksik Berlaku

Foto – Arkib Wanista

Siapa sangka hos popular ini membiarkan pekerja bawahannya sendiri dianiaya dan ditindas oleh pekerja atasan, tanpa membuat sesuatu. Semua ini berlaku kerana sikap Ellen sendiri yang sering menutup mata terhadap apa yang berlaku pada pekerja bawahannya.

Kini oleh kerana tidak sanggup lagi menghadap tempat kerja yang penuh toksik, ramai bekas pekerja dan pekerja yang sedang bekerja di bawah Ellen tampil menyuarakan ketidakadilan yang berlaku pada diri mereka secara terang-terangan.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

“If the upper beam is not straight, the lower beam will be crooked”

Seperti pepatah Cina di atas, kalau ketua di atas (Ellen) tidak betul, orang bawahannya (eksekutif tinggi) pasti begitu juga.

Perkara seperti ini berlaku di mana-mana tempat kerja, jadi ianya tidak mustahil boleh berlaku di tempat kerja produksi rancangan popular ini.

Ingat belum tentu apa yang di paparkan oleh ‘The Ellen DeGeneres Show’ di kaca televisyen itu adalah realiti, boleh jadi ianya hanya rekaan untuk menaikkan rating rancangan semata-mata.

Beberapa Selebriti Dakwa Apa Yang Berlaku Adalah Benar

Foto – Arkib Wanista

Brad Garrett juga ada memuat naik status di akaun Twitternya dengan menciap “It comes from top” atau “Ia bermula dari atas”, bagi merujuk budaya pembulian dan layanan yang rendah diterima oleh pekerja Ellen.

Aktor ini juga mengatakan dirinya tahu banyak lagi layanan yang tidak adil di terima oleh pekerja bawahan Ellen dan fakta ini diketahui umum katanya.

Selain itu, aktres Lea Thompson juga berkongsi pengetahuan yang sama di mana dirinya memuat naik status di Twitter dengan menciap “True story. It is” atau “Ianya adalah kisah benar” yang merujuk kepada layanan buruk yang diterima oleh pekerja bawahan Ellen di sebalik tabir.

Ellen Akan Buat Penyiasatan Bersama Warner Bros

Foto – Charity Stars

Oleh kerana isu ini semakin naik,  Ellen akhirnya membuka suara setelah sekian lama mendiamkan diri, Ellen mengeluarkan memo kepada pekerjanya terhadap isu layanan buruk yang mereka hadapi sepanjang bekerja di sebalik tabir.

Menurut memo yang Ellen keluarkan dirinya akan menjalankan penyiasatan bersama Warner Bros dan dirinya akan bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku dan berjanji akan membetulkan keadaan itu semula.

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat apa hasil penyiasatan yang dijalankan oleh Ellen dan pihak Warner Bros serta bagaimana Ellen akan tangani nasib pekerja bawahannya yang ditindas selama ini.

Rujukan: 1, 2