Kesihatan

Kenapa Makan Perlahan Lagi Baik Dari Makan Laju

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Kenapa Makan Perlahan Lagi Baik Dari Makan Laju

“Kau kalau lapar sekalipun tak perlulah makan gelojoh macam ada orang nak rebut makanan dengan kau pula, makan perlahan-lahan nanti tercekik tak pasal-pasal pula”

Tahukah kamu sebenarnya cara makan yang betul adalah dengan makan secara perlahan dan bukannya makan laju-laju seperti yang biasa kebanyakan orang lakukan.

Makan secara perlahan-lahan akan memberi tubuh kamu masa untuk mengenalpasti bahawa diri kamu telah penuh, sebenarnya banyak manfaat atau kebaikan yang diri kamu boleh dapat jika makan secara perlahan.

IKLAN

Nak tahu apakah manfaat tersebut, jom lihat di bawah.

Meningkatkan Sistem Penghadaman 

Foto – Arkib Wanista

Makan dengan perlahan dapat meningkatkan sistem penghadaman badan, perkara ini telah disebut berulang-ulamg kali oleh pakar pemakanan dan kesihatan.

Apabila kita mengunyah makanan secara perlahan secara tidak langsung kamu memberi peluang untuk enzim air liur menghancurkan makanan di mulut sebelum menelan makanan dan makanan di hantar ke sistem penghadaman diri.

Suapan Kecil Kurangkan Pengambilan Kalori

Foto – Arkib Wanista

Makan perlahan dengan suapan yang kecil dapat mengurangkan pengambilan kalori. Nak tahu bagaimana ianya boleh berlaku adalah kerana wanita yang makan perlahan dengan suapan yang kecil selama 29-30 minit, purata kalori makanan yang diambil lebih kurang 500 lebih kalori.

Berbanding wanita yang gemar makan secara laju dengan suapan yang besar selama 9-10 minit, purata kandungan kalori yang diambil lebih kurang 600 lebih kalori.

Dan wanita yang makan dengan cepat atau laju biasanya akan cepat lapar berbanding wanita yang makan secara perlahan.

Hidrasi Kekal Terjaga

Foto – Arkib Wanista

Ramai yang tak sedar makan laju akan menyebabkan diri kamu minum air sedikit saja, lalu menyebabkan tubuh kurang air tapi berlainan pula bagi yang makan dengan perlahan di lihat minum air dengan cukup dan kekal hidrasi.

Sesetengah pengkaji memberi pandangan jika seseorang itu minum air dengan cukup, akan membuatkan tubuh rasa lebih kenyang dan tahan lapar lebih lama.

IKLAN

Bantu Kawal Berat Badan

Foto – Arkib Wanista

Macam mana gaya makan secara perlahan boleh bantu mengawal berat badan pula? Cuba fikir dengan makan makanan secara perlahan berserta dengan suapan yang kecil, kamu boleh mengurangkan pengambilan kalori makanan ke dalam tubuh.

Jadi ianya bukan perkara mustahil untuk mengekalkan berat badan mahupun untuk menurunkan berat badan. Apa yang penting kamu makan dengan perlahan, kunyah perlahan-lahan dan ambil masa untuk nikmati makanan dalam mulut.

InsyaAllah perut akan rasa kenyang dalam tempoh yang lama dan berat badan pun terjaga.

Makanan Rasa Lebih Nikmat

Foto – Arkib Wanista

Apabila kamu makan secara perlahan, secara tidak langsung kamu dapat menikmati makanan di dalam mulut dengan lebih fokus dan perut kamu juga akan jadi cepat penuh serta kenyang.

Kalau perasan mak ayah kita sendiri pun lebih gemar makan secara perlahan-lahan, agar mereka dapat merasai dan menikmati makanan betul-betul dalam mulut.

Tips Untuk Makan Secara Perlahan

Foto – Arkib Wanista

Bagi yang ingin cuba, ubah dan belajar cara makan secara perlahan dengan berkesan dan baik, ini beberapa tips yang boleh kamu guna pakai.

  • Makan dalam persekitaran yang kurang gangguan seperti makan sambil tonton televisyen, sambil menaip dan sebagainya.
  • Pilih makanan yang tinggi fiber seperti buah-buahan segar dan sayur-sayuran yang memerlukan kamu untuk mengunyah lebih lama.
  • Guna perkakas makanan yang kecil seperti sudu, pinggan atau mangkuk yang bersaiz kecil agar kamu makan dalam suapan yang kecil dan kunyah secara perlahan-lahan.
  • Setkan masa untuk makan selama 20-30 minit.

Jika kamu mempunyai tabiat makan secara laju, mungkin kini kamu dah boleh tukar gaya makan kepada perlahan untuk kebaikan dan kesihatan diri.

Selamat beramal!

Rujukan: 1, 2, 3,