Kecantikan

Ini Sebab Kenapa Wajah Perlukan Facial Essence

Sofie Azizlan
/
[so-fe]
Ini Sebab Kenapa Wajah Perlukan Facial Essence

Facial essence kebiasaannya dipakai selepas toner dan sebelum serum atau ampoule untuk menghidrat, menjana semula dan menyiapkan kulit untuk langkah rutin penjagaan kulit seterusnya.

Essence mempunyai manfaat yang sama seperti serum iaitu mempunyai molekul yang lebih rendah daripada kebanyakkan krim harian. Ia berfungsi menembusi kulit jauh lebih mendalam daripada mana-mana pelembap muka. Essence yang menggabungkan kepelbagaian elemen rutin penjagaan muka dalam satu kegunaan sahaja.

IKLAN

APA ITU ESSENCE?

Foto – Arkib Wanista

Facial essence adalah cecair penghidratan yang ringan digunakan untuk membantu kulit menyerap pelembap dan produk seterusnya dengan baik. Essence diserap dengan bahan aktif yang berfungsi menyerap dengan lebih dalam ke dalam kulit.

Mereka bertindak balas di tahap sel dan memerangi masalah kulit dari puncanya. Molekul yang ringan daripada pelembap membuatkan mereka mudah diresap ke lapisan kulit yang paling dalam.

Foto – The Klog

Bahan asas yang boleh didapati dalam essence adalah hyaluronic acid dan glycerin. Kedua-dua bahan ini penting untuk menghidrat kulit dan salah satu tujuan utamanya adalah supaya tetap memberikan kelembapan.

BAGAIMANA NAK GUNA? 

GIF – GIPHY

Anda hanya perlu menggunakan beberapa titik (3-4 titik) di tapak tangan dan tepukkan secara perlahan di keseluruhan muka sehingga ia diserap sepenuhnya ke dalam kulit. Tetapi facial essence ini boleh digunakan dengan beberapa tips dan tricks untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada essence.

Foto – Pinterest

#1 Sebagai topeng muka untuk 5 minit

Untuk mengelakkan kulit kelihatan letih dan mendapatkan kulit wajah kelihatan segar, lembut dan licin, anda boleh merendam facial sheet yang kering ke dalam essence, memasukkannya dalam beg Ziploc dan simpan dalam peti sejuk.

Foto – Editors Inc

Setelah facial sheet menjadi sejuk, letakkan di wajah anda selama beberapa minit sebelum meneruskan rutin penjagaan muka yang seterusnya. Kaedah ini dapat menghilangkan kulit yang lesu dan mengurangkan kemerahan pada wajah.

#2 Sebagai hydrating face mist 

IKLAN
Foto – Pinterest

Anda boleh meletakkan facial essence dalam sebuah botol semburan kecil untuk digunakan sebagai face mist. Kaedah ini dapat membantu wajah anda menjadi lebih segar dan menambahkan kelembapan pada wajah. Kaedah ini juga boleh digunakan sepanjang hari tanpa menggangu solekan anda.

#3 Sebagai helah untuk menghilangkan keletihan mata

Foto – Pinterest

Eye bags adalah salah satu tanda-tanda keletihan pada wajah kita. Untuk menghilangkannya, anda hanya perlu merendam sepasang kapas dalam essence, memasukkannya ke dalam beg Ziploc dan disimpan dalam peti sejuk untuk dibiarkan semalaman.

Pada pagi keesokkan hari, letakkan kapas yang direndam di atas mata selama 5 minit. Kesejukkan dari kapas itu akan mengecutkan kapilari mata yang bengkak untuk kurang membengkak seketika.

#4 Membaiki kulit daripada kerosakan akibat cahaya matahari 

Foto – Pinterest

Memiliki kulit kering, mengelupas, terbakar dan berjeragat akibat terdedah kepada cahaya matahari. Untuk mengembalikan keseimbangan semula jadi kulit, anda perlu menambah essence dalam rutin anda.

Menggunakan beberapa titik essence selepas mencuci wajah dan penggunaan toner akan menghidratkan serta menambah vitamin dan asid amino pada kulit wajah anda.

Oleh itu, essence digunakan untuk meningkatkan kelebihan semua produk lain dalam rutin penjagaan wajah anda. Jika anda inginkan wajah yang sangat berhidrasi dan lembap, jangan abaikan penggunaan facial essence dalam rutin anda!

RUJUKAN : 1, 2 , 3, 4