Kesihatan

Tak Bagus Masak Guna Minyak Berulang Kali, Ketahui Sebabnya

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Tak Bagus Masak Guna Minyak Berulang Kali, Ketahui Sebabnya

“Siapa sini tiap kali masak mesti guna balik minyak masak tersebut untuk masak hidangan lain pula, baik mengaku sekarang!”

IKLAN

Tipulah tak guna minyak masak berulang kali kalau dah dalam masa sehari suntuk memasak di dapur betul tak? Memanglah jimat guna minyak masak berulang kali tapi kamu juga perlu memikirkan faktor kesihatan, banyak risiko yang boleh kamu hadapi jika tabiat memasak sebegini diteruskan.

Nak tahu kenapa tak elok guna minyak masak berulang kali, jom lihat apa kata pakar di bawah.

Sisa Toksik Terkumpul

Foto – Arkib Wanista

Untuk makluman semua semasa menggoreng makanan, minyak masak akan melepaskan sisa toksik yang dikenali sebagai aldehydes yang mana boleh mencemarkan udara dan dalam masa yang sama boleh masuk ke dalam sistem pernafasan diri kita.

Bukan itu saja, toksik-toksik tersebut berkumpul dalam minyak masak tersebut, kemudian kamu pula guna balik semula minyak masak tersebut untuk memasak menu hidangan yang lain dan makanan tersebut menyerap pula sisa toksik tersebut.

Boleh bayangkan apa akan jadi pada tubuh apabila memakan makanan yang menyerap toksik kerana penggunaan minyak masak berulang.

Toksik Karbon HNE Akan Terbentuk

Foto – Arkib Wanista

Tahu tak kalau guna minyak masak berulang-ulang kali sehingga warna minyak yang cerah bertukar menjadi gelap, itu bermaksud berlaku pembentukan karbon pada minyak masak kamu.

Dan jika ini berlaku ini bermakna minyak masak tersebut bahaya untuk digunakan, kerana mengandungi toksik HNE atau 4-hydroxy-trans-2-nonel yang tinggi.

Toksik karbon HNE ini bukan saja terdapat dalam minyak masak yang diguna banyak kali, malah ia juga terdapat dalam makanan yang hangus atau berwarna hitam seperti sate, char kuey tiau, roti bakar dan sebagainya.

Penyebab Kesihatan Terjejas Dan Boleh Menyebabkan Maut

Foto – Daily Mail

Mengguna pakai minyak masak berulang kali boleh menjejaskan kesihatan diri dan keluarga kamu dan juga boleh membawa maut jika beginilah gaya kamu memasak setiap hari.

Apabila kita memakan makanan yang menyerap sisa toksik ia boleh mengundang kepada masalah penyakit serius seperti penyakit atherosclerosis (masalah salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), timbul masalah penyakit hati, jantung, penyakit alzeimer, parkinson dan juga kanser.

Foto – Matador Network

Jadi jangan sesekali ambil ringan terhadap isu penggunaan minyak masak berulang kali ini, kalau kamu masak sendiri mungkin adalah kamu guna dua kali minyak masak tersebut.

Tapi macam mana pula dengan penjual makanan yang lain? Dan kamu pula jenis gemar makan makanan di luar, jadi agak-agak banyak tak toksik yang berkumpul dalam badan? Fikir-fikirkan ya.

Tips Menggunakan Minyak Masak

Dengan keadaan kewangan diri yang tidak begitu baik pastinya, mana-mana wanita seboleh-bolehnya akan berjimat cermat dan penggunaan minyak masak berulang kali adalah salah satu darinya. 

Tanyalah sesiapa saja yang memasak di dapur pasti menggunakan minyak masak berulang kali, tapi jika penggunaan minyak masak berulang kali boleh menjejaskan kesihatan kamu dan keluarga, adakah kamu sanggup?

Foto – Excel Vite

Nah, ini beberapa tips yang boleh kamu guna pakai jika ingin menggunakan minyak masak secara berulang kali.

  • Maksimum guna pakai minyak masak berulang sehingga dua atau tiga kali, bergantung pada perubahan warna dan struktur minyak masak tersebut.
  • Buang minyak masak jika telah bertukar warna perang pekat.
  • Berhenti gunakan minyak masak yang berbau tengik atau busuk.
  • Jangan guna lagi minyak masak yang sama jika banyak asap terhasil semasa memanaskan minyak tersebut, kerana dalam asap terkandung karbon dan toksik berbahaya.

Peringatan – Jika kamu membuang minyak masak, jangan buang minyak tersebut di sinki atau longkang kerana ia akan menjejaskan sistem paip dan pengaliran air. Sebaliknya buang minyak tersebut di atas tanah.

Foto – Arkib Wanista

Kalau boleh elakkan dari menggunakan minyak masak secara berulang kali, ia boleh menjejaskan kesihatan diri pada jangka masa panjang nanti.

Oleh itu, ubah cara masak dari sekarang, amalkan menu hidangan yang berasaskan masakan rebus, stim dan goreng kering atau tanpa minyak, untuk kesihatan diri dan keluarga.

Selamat beramal

Rujukan: 1, 2, 3,