Info Menarik

Langsing Secara Semula Jadi, Pinggang Wanita Myanmar 13.7 Inci

Sofie Azizlan
/
[so-fe]
Langsing Secara Semula Jadi, Pinggang Wanita Myanmar 13.7 Inci

Seorang wanita Myanmar telah mengejutkan orang ramai dengan ukur lilit pinggangnya iaitu 13.7 inci. Su Naing, 23 tahun menyatakan dia memiliki pinggangnya dengan cara semula jadi.

Foto – Arkib Wanista

Merupakan seorang pelajar, Su Naing memberitahu dia mengamalkan cara hidup sihat secara semula jadi untuk mendapatkan bentuk pinggang seperti itu.

Kebanyakkan pengguna media sosial telah mendakwa bentuk badan hourglass itu terlalu ekstrem selain dituduh gambarnya itu disunting, melakukan pembuangan tulang rusuk untuk mendapatkan pinggang yang terkecil.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Menolak dakwaan itu, Su Naing menyatakan bahawa semua ini berkaitan dengan tabiat makan dan genetik yang sihat.

“Saya sering berada dalam keadaan sihat dan sentiasa menjaga diet. Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Saya suka bergambar untuk menunjukkan penampilan saya. Ramai orang memberi pujian dan menyatakan pendapat tentang penampilan saya yang cantik”, ujar Su Naing.

Foto – Arkib Wanista

Menurut pendapat NHS, jika seseorang ingin mempunyai pinggang yang sihat, ukur lilitnya mestilah 31.5 inci atau kurang. Bagi Ethel Granger dari United Kingdom iaitu pemegang Rekod Dunia Guiness dengan gelaran ‘Pinggang Terkecil Di Dunia’ berukuran 13 inci mendedahkan bahawa dia menjalani latihan pinggang seumur hidup iaitu dengan memakai korset pada setiap hari dalam usaha membentuk bahagian tengah badannya.

(Nota: NHS ialah Perkhidmatan Kesihatan Nasional di United Kingdom yang merujuk kepada perkhidmatan perubatan dan kesihatan dibiayai oleh kerajaan.)

Foto – Arkib Wanista

Walaupun wanita-wanita lain yang mempunyai pinggang yang kecil mengakui bahawa mereka menjalani pembedahan pembuangan tulang rusuk mereka untuk mencapai bentuk pinggang yang menjadi kegilaan mereka.

Foto – Arkib Wanista

Tetapi ukur lilit pinggang Su Naing tidak mendapat pengesahan secara sah apabila sebahagian gambarnya mendapat pelbagai tuduhan seperti pengeditan di bahagian pinggangnya sementara sebahagian besar gambarnya menerima komen-komen yang positif dan dipuji kerana penampilannya yang menarik dan cantik.

RUJUKAN: 1, 2, 3

IKLAN