Info Menarik

Transformasi Natalie Zamani Jadi Wanita Selepas 14 Bulan

Sofie Azizlan
/
[so-fe]
Transformasi Natalie Zamani Jadi Wanita Selepas 14 Bulan

Seperti Caitlyn Jenner, kini seorang transgender telah mendedahkan kepada masyarakat tentang transformasinya setelah menjalani terapi penggantian hormon dan pembedahan facial feminization selama 14 bulan.

IKLAN

Natalie Zamani, 28 tahun telah mendedahkan transformasinya di Reddit dan berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan dirinya sebelum transformasi dan selepas.

Natalie merupakan senior engineer di Apple menyatakan bahawa dia merasakan dirinya tidak bebas dan berada di badan yang sepatutnya. Merasai dirinya sebegitu sejak remaja, dia merahsiakan identitinya sehingga tahun lalu.

Foto – WhatsNew2Day

Setelah melakukan beberapa penyelidikan, Natalie mula mengambil ubat hormon.

Dia yang berasa jijik dengan perubahan dirinya sejak akil baligh, mempunyai kecenderungan untuk menjadi lebih feminin, “Pada awal usia remaja, saya terpaksa menanggung rasa jijik pada tubuh ini dan ini kali pertama saya tahu apa itu transgender“.

Natalie yang menyedari ramai yang mempunyai perasaan sepertinya yang memilih untuk melakukan sesuatu berkaitan dengan perubahan itu.

Foto – Arkib Wanista

Tetapi dia sedar, mereka yang melakukan perubahan ini sememangnya akan dipulaukan oleh masyarakat, “Saya tahu ramai yang merasakan benda yang sama seperti saya dan ramai yang dipinggirkan oleh masyarakat selepas melakukan transformasi.

“Jika mereka kuat semangat dan bernasib baik, mereka akan dapat menjalani kehidupan dengan baik dan mendapat tempat istimewa dalam masyarakat”.

Bekerja dalam bidang teknologi, Natalie mempunyai hubungan baik dengan rakan sekerjanya dan ia dapat membina keyakinan dalam hidupnya.

IKLAN
Foto – Instagram

Dilahirkan sebagai seorang lelaki, Natalie menyatakan bahawa dia telah cuba untuk mengikut fitrahnya tetapi perasaan yang cenderung menjadi feminin semakin kuat. Idea untuk melarikan diri dan mengasingkan diri daripada masyarakat terutamanya orang tersayang sangat sukar untuk dilakukan.

Foto – Arkib Wanista

Menyedari bahawa dia tidak dapat menjadi dirinya sebenar dan bahagia, Natalie telah mengambil keputusan untuk mengambil hormon, “Saya sedar bahawa saya perlu memulakan hidup yang sepatutnya saya mulakan sejak dahulu. Saya pergi ke Planned Parenthood untuk beberapa hari dan selepas daripada itu saya mula mengambil hormon”.

Foto – Arkib Wanista

Semasa wabak Covid-19 masih menular, Natalie telah menjalani kehidupannya sebagai perempuan. Dia menjalani pembedahan facial feminization pada bulan Jun. Pelbagai prosedur dilakukan untuk mengubah dan melembutkan ciri wajah maskulin untuk menjadikannya lebih feminin.

Natalie yang berkongsi foto di Instagram menyatakan bahawa dia gembira dengan penampilannya.

“Saya bersyukur saya dapat bertahan sehingga sekarang untuk mendapatkan diri saya yang sebenar. Pelbagai bentuk sokongan telah diberikan kepada saya untuk melakukan tranformasi ini.

Walaupun prosedur ini sangat mahal tetapi saya tidak peduli tentang harganya jika saya dapat merasakan diri saya berada dalam badan yang betul”, ujar Natalie.

View this post on Instagram

Incredibly thankful for these wonderful people in my life.

A post shared by Natalie (@natalie.a.zamani) on

Natalie menyatakan bahawa pasangannya Irene sangat membantu dirinya dan memberikan sokongan ketika waktu susah dan sepenuhnya ketika dia ingin melakukan transformasi ini.

“Irene merupakan pasangan yang sangat penyayang dan menyokong saya. Dia merupakan individu pertama saya suarakan tentang transformasi ini”, ujar Natalie.

Selain itu juga sokongan daripada masyarakat sekeliling juga dapat membantu dirinya sehingga sekarang.

“Untuk melakukan peralihan itu sukar kerana kita akan memikirkan sama ada mahu melakukannya atau tidak. Jika anda tidak bersedia, jangan memaksa diri. Lakukannya apabila anda bersedia”, kongsi Natalie berkaitan dengan pengalaman perubahannya.

RUJUKAN: 1, 2, 3