Kecantikan

Jom Cuba Rangkaian Penjagaan Kulit Kepala Baru, Hamchosoo

Sofie Azizlan
/
[so-fe]
Jom Cuba Rangkaian Penjagaan Kulit Kepala Baru, Hamchosoo

Ryo, jenama penjagaan rambut premium Korea Selatan telah memperkenalkan rangkaian perawatan kulit kepala Hamchosoo diformulasikan dengan bahan semula jadi yang digunakan oleh nenek moyang dari ritual tradisional di Korea.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Rangkaian penjagaan kulit kepala ini mempunyai dua syampu dan perapi yang berbeza kegunaannya dan penyelesaian. Ryo Calamus Shining Shampoo dan Ryo Calamus Shining Conditioner digunakan untuk mereka yang ingin membersihkan kulit kepala untuk mendapatkan rambut yang berkilau serta Ryo Evening Primrose Volumizing Shampoo dan Ryo Evening Primrose Volumizing Conditioner yang memfokuskan kepada penyuburan kulit kepala dan menguatkan kulit rambut.

APA ITU HAMCHOSOO?

Foto – Arkib Wanista

Ilham daripada kata-kata Korea, “Ham” yang bermaksud merangkul, “Cho” bermaksud herba dan “Soo” bermaksud air di mana ilham ini dipraktikkan secara tradisional ketika Hari Dano. Hari Dano ini dimulai sejak konfederasi Mahen pada abad ke -1 SM, yang dikenali sebagai Hari Perahu Naga di China.

Semasa perayaan ini wanita Korea akan berkumpul untuk mengambil bahagian dalam “danojang” iaitu adat ketika mereka memotong dan merebus akar “changpocalamus di tanah lembap yang tinggi.

Foto – The Korea Herald

Mereka akan mencuci tangan mereka dalam air rebusan untuk menambahkan kilauan pada rambut mereka. Wanita pada zaman itu akan memakai akar tanaman di rambut mereka dengan mempercayai bahawa aroma akar tersebut akan menjauhkan roh jahat.

# RYO CALAMUS SHINING

Foto – Arkib Wanista

Rangkaian Ryo Calamus Shining syampu dan perapi dalam Hamchosoo telah diformulasikan dengan surfactant tulen dari alam semula jadi dengan aroma segar dan herba. Dihasilkan 100% secara saintifik dan diformulasikan di Korea, bahan-bahan yang digunakan dalam syampu ini terdiri daripada bahan semula jadi dan bebas daripada minyak silikon, bahan haiwan dan pewarna sintetik.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Ekstrak calamus bertindak membersihkan dan memberikan ketenangan kepada kulit kepala di samping menambahkan kilauan pada rambut. Rangkaian ini sesuai digunakan pada mereka yang mempunyai kulit kepala yang lembap, berminyak, rambut kasar dan tidak rapi.

# RYO EVENING PRIMROSE VOLUMIZING

Foto – Arkib Wanista

Diformulasikan dengan ubat bunga yang kuat, rangkaian ini mempunyai aroma bunga-bunga herba. 100% dihasilkan dan diformulasikan di Korea, Ryo Evening Primrose Volumizing menggunakan bahan-bahan semula jadi yang bebas daripada minyak silikon, pewarna sintetik dan bahan haiwan.

Foto – Arkib Wanista

Ekstrak evening primrose memberikan khasiat kepada kulit kepala dan menguatkan lagi rambut. Syampu dan perapi ini sesuai untuk pengguna yang mempunyai masalah kulit kepala kering dan rambut kering yang lemah.

Syampu dan perapi bagi Ryo Calamus Shining dan Ryo Evening Primrose Volumizing berharga RM 48 bagi setiap 400ml.

Anda boleh mendapatkan rangkaian penjagaan kulit kepala Hamchosoo bermula 1 Ogos 2020 di Watsons dan secara online di Watsons, Hermo dan Lazada di seluruh negara.