Wanita sangat prihatin dengan perubahan bentuk wajah mereka, ini kerana bagi wanita perubahan tersebut menandakan bahawa berat badan mereka telah bertambah dan harus mengubah diet pemakanan bagi menurunkan semula berat badan masing-masing.
Tapi adakah konsep pemikiran sebegini berlandaskan fakta atau mitos semata-mata? Jom kita semak sama ada benar atau tidak muka bulat, menandakan berat badan telah bertambah berdasarkan soal jawab di bawah.
Muka Jadi Bulat Sebab Berat Badan Dah Bertambah?
Fakta – Menurut doktor bedah Joseph Cruise berkata bahawa muka bulat berlemak dipengaruhi faktor kenaikkan berat badan secara keseluruhannya.
Ini kerana amalan gaya pemakanan yang gemar mengambil makanan dan minuman beralkohol, manis, masin, kurang tidur, atau terlalu kerap tertekan boleh mempengaruhi kenaikkan berat badan diri lalu memberi kesan yang sama pada muka.
Apabila berat badan naik, wanita akan dapat lihat sendiri perbezaan saiz tubuh berbeza dari yang normal dan muka pula secara keseluruhannya menjadi chubby dan penuh.
Pipi Tembam Akibat Terlebih Makan Dan Badan Naik?
Fakta – Ada juga wanita yang mempunyai muka dan pipi yang tembam malah bentuk mereka juga badan tak banyak berubah, tapi yang peliknya apabila timbang berat badan telah bertambah jadi di mana silapnya?
Hal ini berlaku kerana dipengaruhi amalan pemakanan yang tidak sihat seperti gemar makan makanan tinggi kandungan garam dengan kerap, kurang minum air masak, kurang bersenam, kerap makan makanan ringan, kurang kalsium dan kerap minum minuman beralkohol serta merokok.
Ada sesetangah wanita mengalami penambahan berat badan tanpa mempengaruhi bentuk badan mereka, cuma boleh dikesan menerusi perubahan muka bulat dan pipi tembam.
Muka Chubby Kerana Terlebih Berat?
Fakta – Tubuh dan wajah merupakan kayu ukur indeks jisim badan (BMI) dan berat badan diri, justeru itu jika wajah yang pada awalnya runcing tiba-tiba menjadi chubby dan pipi kelihatan penuh berlemak. Maka boleh jadi badan mengalami berat badan berlebihan dari biasa.
Tangani Muka Bulat Dan Kenaikan Berat Badan
Untuk menangani perubahan bentuk muka bulat kerana kenaikan berat badan ini antara beberapa langkah yang boleh dilakukan, bagi mengembalikan bentuk muka asal dan sekaligus menurunkan berat badan.
Lakukan Senaman Kardio
Lakukan senaman kardio dari tahap sederhana kepada tahap tinggi selama 12 bulan dan lakukan senaman selama 300 minit setiap minggu untuk membakar lemak.
Atau lakukan senaman kardio dari tahap asas kepada tahap sederhana selama 150 minit setiap minggu. Senaman yang dilakukan akan menghilangkan lemak di wajah dan tubuh dengan berkesan.
Buat Senaman Muka
Selain itu, untuk mengembalikan bentuk rupa paras yang asal semula, senaman muka kenalah rajin buat barulah muka yang bulat kembali sediakala semula.
Kurangkan Pengambilan Alkohol
Kamu hendaklah hadkan pengambilan minuman mahupun makanan yang mengandungi alkohol, ini kerana kalori dalam alkohol boleh menyebabkan berat badan naik lalu menyebabkan wajah menjadi tembam dan penuh.
Banyakkan Minum Air Masak
Minum air sebelum makan dapat membuatkan diri kamu berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung akan membuatkan kamu kurang makan. Selain itu, banyak minum air juga boleh membantu menurunkan berat badan.
Pastikan Tidur Dengan Cukup
Tidur adalah penting buat manusia kerana semasa tidur, waktu itulah tubuh memperbaiki segala sel-sel yang letih dan kusam.
Selain itu, tidur dengan cukup juga membawa pertumbuhan hormon yang sihat dan sekaligus membuatkan selera makan rendah.
Ubah Amalan Pemakanan
Kurangkan pengambilan makanan tinggi kalori, makanan yang berproses dan tinggi karbohidrat, sebaliknya lebihkan makanan tinggi jumlah nutrisi dan makan makanan segar.
Kurangkan Pengambilan Garam
Garam menyebabkan berat badan bertambah dan sekaligus menyebabkan muka menjadi bulat, oleh itu dengan mengurangkan pengambilan makanan tinggi kandungan garam boleh menurunkan kenaikan berat badan dan masalah muka bulat serta pipi tembam.
Nak jaga badan dan muka kenalah amalkan gaya pemakanan yang sihat dan senaman juga harus sentiasa dilakukan.
Selamat beramal♥