Kembara

7 Sebab Kenapa Netizen Cakap Bukit Larut Berhantu

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
7 Sebab Kenapa Netizen Cakap Bukit Larut Berhantu

Bukit Larut bukan nama yang asing di bandar Taiping, Perak. Bukit bersejarah ini bukan saja menyajikan pemandangan yang menakjubkan, malah ia juga menyimpan banyak misteri dan mistik ghaib yang sering menjadi bualan mulut orang ramai.

IKLAN

Kebanyakan yang pernah bermalam atau menginap di atas Bukit Larut pasti ‘di sapa’ dengan entiti mistik, tidak kurang juga yang datang melakukan aktiviti hiking bersama rakan-rakan tiba-tiba hilang atau sesat dalam Bukit Larut tersebut.

Banyak kejadian-kejadian aneh yang berlaku dalam Bukit Larut sehingga kini, masih lagi menjadi bualan hangat orang ramai.

Nak tahu apa yang menyebabkan Bukit Larut ini dikatakan berhantu, jom teroka bersama penulis di bawah.

#1 Kedudukan Geografi & Hutan Simpan Yang Tak Terusik

Foto – Wattpad

Bagi yang tahu tentang sejarah Bukit Larut ini juga dikenali sebagai Maxwell Hill, bukit ini diberi nama sempena pembantu Residen British di Perak iaitu George Maxwell pada tahun 1880.

Bukit yang berketinggian 1039 meter dari paras laut ini merupakan kawasan tanah tinggi paling basah di Malaysia, kerana hampir setiap hari hujan akan turun di atas bukit tersebut.

Menurut orang dahulu kala, faktor geografi hutan simpan yang tidak terusik di negeri Perak ini menjadi destinasi buat entiti mistik untuk menetap di Bukit Larut ini. 

#2 Tawanan Perang Jadi Buruh Kasar Sehingga Mati

Foto – Travels With Sun

Semasa perang dunia kedua berlaku, Jepun telah menjajah negeri Perak dan mengambil Bukit Larut daripada British.

Dikatakan pada waktu itu tentera Jepun telah mengerah tawanan perang menjadi buruh kasar bagi membuat jalan yang bermula di kaki bukit hingga ke puncak bukit.

IKLAN

Ada tawanan yang mati sepanjang proses menyiapkan jalan tersebut. Ya, lah bayangkan bukit yang dipenuhi dengan pokok hutan dan kudrat tawanan perang yang dikerah sehari suntuk, tak mustahil ada yang mati di bukit tersebut bukan?

#3 Kedengaran Suara Ghaib

Foto – World Of Buzz

Bagi yang pernah jejak dan bermalam di Bukit Larut ini, ada yang mengatakan mereka pernah mendengar suara-suara ghaib mungkinkah suara semangat tawanan perang yang mati di Bukit Larut tersebut?

Tiada siapa yang boleh menjawab teka-teki misteri ini, mungkin ada yang berani mahu bermalam di atas bukit untuk mengalami pengalaman mistik.

#4 Banglo Tinggalan Lama Menjadi Lubuk Mistik

Foto – DP Review

Kata orang lagi cantik sesuatu tempat itu, lagi berbahaya di sana seperti banglo tinggalan lama yang terdapat di atas Bukit Larut ini.

Banyak banglo-banglo sejak zaman penjajah di mana sebilangan kecil darinya masih utuh di atas bukit tersebut, menjadi tempat tarikan pelancong dalam dan luar negara.

Menariknya banglo-banglo tinggalan ini juga menjadi lubuk tarikan entiti mistik, jadi bagi yang ingin meninjau banglo atau rumah tinggalan lama di sekitar bukit tersebut, hati-hati ya!

#5 Panorama Gelap Destinasi Terbaik Sang Buana Misteri

Foto – Stutterstock

Tatkala hujan membasahi Bukit Larut ini suasananya akan menjadi gelap dan suram, apabila tiba pula waktu malam suasana tersebut memberikan panorama ‘gelap’ yang boleh membuatkan bulu roma berdiri.

Kata orang suasana dan panorama ‘gelap’ sebegitu menjadi destinasi terbaik buat sang buana misteri berjalan meliar di hutan bukit.

#6 Cik ‘P’ Mengilai Di Bukit Larut?

Foto – Freeyork

Berdasarkan bualan serta pengalaman pengunjung yang pernah menginap rumah-rumah penginap yang terdapat di Bukit Larut, mereka menyatakan ada terdengar teriakan atau suara wanita mengilai.

Bunyi mengilai yang didengari, mungkinkah cik pontianak?

#7 Pusat Peranginan Tertua Kaya Dengan Pengalaman Mistik

Foto – Arkib Wanista

Biasanya tempat-tempat lama mempunyai ‘penunggu’ di tempat tersebut, jadi tak mustahil tempat peranginan seperti Bukit Larut ini sering diselubungi dengan aura mistik dan misteri mungkin tempat tersebut ada ‘penunggunya’ yang kita tidak ketahui?

Apa-apapun ini semua hanyalah berdasarkan pengalaman dan cerita yang dikongsi oleh mereka yang pernah mengalami kejadian aneh di bukit tersebut.

Kita tidak boleh sangkal kewujudan alam ghaib dan entiti mistik ini bukan. Allahualam..