Apabila berbelanja ketika membeli pakaian renang boleh menjadikan kita stres dan kecewa kerana berkemungkinan kedai kegemaran anda tidak mempunyai gaya yang sesuai untuk anda atau pakaian renang yang anda suka itu tidak mempunyai saiz anda.
Tetapi anda jangan risau kerana anda boleh memilih pakaian renang kesukaan anda daripada koleksi Women + Waves X H&M Summer Conscious yang akan dilancarkan pada 6 Ogos 2020 di kedai-kedai H&M terpilih di Malaysia.
Buat pertama kalinya, H&M berkolaborasi dengan komuniti wanita papan luncur untuk membantu memperkasakan dan menginspirasikan wanita di seluruh dunia.
Inspirasi daripada empat pencinta fesyen bergaya daripada Taiwan iaitu supermodel Akemi, model kecergasan Jessica Cai, penulis tentang pelancongan Mika dan jurulatih menyelam percuma Chen Wei Xuan ketika mereka menggayakan pakaian renang musim panas terbaru di utara Pantai Taiwan.
Bekerjasama dengan Women + Waves, iaitu sebuah kolektif yang ditubuhkan pada tahun 2017 oleh Rachel Murphy yang berpusat di Cornwell, England. Koleksi pakaian renang ini menampilkan rekaan, penampilan dan gaya hidup 1990-an yang sesuai untuk wanita yang mempunyai gaya hidup yang aktif.
Koleksi ini dibuat daripada campuran kain yang sekurang-kurangnya mempunyai 50% bahan bersumber seperti poliamida kitar semula, poliester kitar semula dan kapas organik.
Kepelbagaian pakaian renang yang moden, one-pieces, rash guard dan pakaian getah semula jadi yang berkualiti tinggi, koleksi Women + Waves X H&M boleh digunapakai di lautan dan di darat.
Direka oleh pakar dalaman H&M dan bekerjasama erat dengan Women + Waves, keseluruhan silhouettes sangat kuat untuk memberi penghormatan kepada wanita yang bersukan aktif terutamanya dalam luncur papan.
Beberapa pakaian lain yang perlu diperhatikan oleh wanita seperti hoodie, kemeja-T dan aksesori yang mempunyai logo khas Women + Waves yang direka oleh ilustrator dan Clara Jonas. Anda perlu menjangkakan perincian seperti bukaan zip, body-ehancing seams, tali yang kemas dan selamat serta warna palet muted green, kuning lembut dan hitam.
KOLEKSI H&M’S SUMMER CONCIOUS
Jika anda menyukai warna-warna pastel pada pakaian renang anda, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi bikini di H&M. Bikini tops yang yang berkain lembut, padded bandeaus dan high-waisted pasti membuatkan anda selesa ketika memakainya.
Didatangi dalam warna-warna pastel seperti kuning, hijau, merah jambu dan ungu pasti akan menyerlahkan si pemakai. Koleksi ini diperbuat daripada poliester kitar semula yang sesuai digunakan oleh wanita-wanita di seluruh dunia.
Anda perlu mendapatkan koleksi pakaian renang ini yang menonjolkan koleksi bikini yang cantik dan dapat memperlihatkan kecantikkan setiap warna kulit ketika memakainya.
Dalam koleksi kali ini, anda boleh mendapatkan pakaian renang kesukaan anda seperti:
#1 PADDED BIKINI TOP
Bahan: Poliamida kitar semula, poliester kitar semula, poliester, elastana.
Harga: RM 39.95
#2 PADDED BANDEAU BIKINI TOP
Bahan: Poliamida kitar semula, poliester kitar semula, poliester, elastana.
Harga: RM 22.95
#3 CHEEKY BIKINI BOTTOM
Bahan: Poliamida kitar semula, poliester kitar semula, poliester, elastana.
Harga: RM 22.95
#4 BRAZILIAN BIKINI BOTTOM
Bahan: Poliamida kitar semula, poliester kitar semula, poliester, elastana.
Harga: RM 39.95
#5 HIGH LEG ONE PIECE SWIMSUIT
Bahan: Poliamida kitar semula, poliester kitar semula, poliester, elastana.
Harga: RM 39.95
Koleksi pakaian renang H&M Summer Conscious akan dilancarkan pada 6 Ogos 2020 dan hanya boleh didapati di kedai berikut:
- H&M 1 Utama
- H&M 1st Avenue
- H&M Avenue K
- H&M Gateway@klia2
- H&M Gurney Paragon Mall
- H&M JB City Square
- H&M Imago KK Times Square
- H&M IOI City Mall
- H&M Lot 10 Shopping Mall
- H&M Sunway Pyramid Shopping Mall
- H&M The Spring Kuching
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web H&M Malaysia.