Kamu swifties? Dah dengar album baru Taylor Swift berjudul ‘Folklore’?
Taylor Swift baru sahaja mengeluarkan muzik video untuk lagu Cardigan, single pertama dari album ‘Folklore’. Yang best, langsung tiada aral melintang, Taylor kejutkan peminat dengan buah tangan baru.
Walaupun kita masih tak puas melihat visual aneh dan lirik puitis Taylor, kardigan yang dipakainya di penghujung video mencuri perhatian ramai. Rata-rata bertanyakan di mana boleh mendapatkan kardigan tersebut.
Nak tahu, anda boleh mendapatkan kardigan sebiji yang disarung oleh Taylor. Kardigan berwarna krim dengan perincian bintang di lengan dan mempunyai tampalan di dada kiri yang bertulis ‘The Folklore Album’ merupakan salah satu merchandise eksklusif Taylor Swift. Anda pun boleh milikinya juga.
Berikut antara merchandise best anda boleh beli…
Cardigan + Digital Standard Album (49USD)
Hoodie + Standard Digital Album (60USD)
Pullover + Digital Standard Album (60USD)
Pullover + Digital Standard Album (55USD)
T-Shirt + Digital Standard Album (30USD)
Metal Mug + Digital Standard Album (20USD)
Hat + Digital Standard Album (30USD)
Keychain + Digital Standard Album (15USD)
Kalau berminat, boleh beli secara atas talian di laman web berikut.