Kembara

Lauterbrunnen Switzerland Kampung Paling Cantik Di Dunia

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Lauterbrunnen Switzerland Kampung Paling Cantik Di Dunia

Tahu tak Lauterbrunnen di Switzerland mendapat gelaran kampung paling cantik di dunia? Ini kerana kampung Lauterbrunnen merupakan kawasan terbesar di Switzerland yang dipenuhi alam semula jadi dan menjadi destinasi tarikan pelancong dalam dan luar negara saban tahun.

IKLAN

Agak-agak apa yang membuatkan kampung Lauterbrunnen ini digelar kampung paling cantik di dunia, jom kita teroka kampung Switzerland ini di bawah.

#1 Terletak Di Banjaran Swiss Alps

Foto – YouTube

Untuk pengetahuan semua kampung Lauterbrunnen ini terletak di banjaran Swiss Alps, Switzerland. Kampung ini dikelilingi dengan gunung ganang yang gagah, banjaran yang tinggi, air terjun yang memukau dan juga flora dan fauna yang menghijau. 

#2 Miliki 72 Air Terjun

Foto – Arkib Wanista

Kampung ini juga dikenali sebagai kampung air terjun kerana ia memiliki 72 air terjun, di mana setiap satu air terjunnya menghasilkan panorama yang mengagumkan.

Tambahan lagi, dengan jumlah air terjun yang banyak di kampung ini membuatkan ia salah satu kampung yang popular untuk dilawati oleh pelancong.

#3 Rumah Teratur Dan Jalanraya Bersih 

Foto – Arkib Wanista

Melihat rumah-rumah yang dibina di kampung ini semuanya teratur kemas, sesuai dengan kedudukan geografi kampung Lauterbrunnen yang terletak di banjaran Swiss Alps ini.

Bukan itu saja, jalanraya kampung ini juga sangat bersih di mana tidak terlihatpun sampah sarap yang biasa terdapat di lihat di kampung-kampung lain. Sejuk mata memandang kebersihan kampung yang dikelilingi alam semula jadi ini.

#4 Dapat Menikmati Air Gunung Yang Segar Dan Bersih

Foto – YouTube

Jangan terkejut melihat ramai pelancong dan orang tempatan minum air gunung di kampung Lauterbrunnen ini, kerana air semula jadi dipergunungan kampung ini merupakan air mineral asli paling segar dan bersih sekali. Jadi tidak hairanlah ramai yang minum air tersebut.

IKLAN

#5 Spot Hiking Dan Paragliding Terbaik Dunia

Foto – Arkib Wanista

Bagi yang gemar melakukan aktiviti sukan lasak seperti hiking dan paragliding, maka kampung Lauterbrunnen, Switzerland ini adalah destinasi wajib untuk kamu kunjungi.

Dengan gunung ganang yang tinggi membuatkan ia lokasi menarik buat pendaki untuk mendaki dan meneroka. Bukan itu saja, dek kerana latitut gunung yang tinggi membuatkan ia menjadi lokasi terbaik untuk melakukan aktiviti paragliding.

#6 Pemandangan Yang Memukau Mata

Foto – Agoda

Tiada apa yang dapat diungkapkan tatkala melihat keindahan alam semula jadi yang hijau, menyejukkan jiwa dan bersih dari sebarang pencemaran alam. Boleh dikatakan ramai yang melancong ke kampung Lauterbrunnen ini adalah untuk menikmati kesegaran alam.

#7 Teroka Terowong Air Terjun

Foto – Arkib Wanista

Melihat keindahan kepulan awam dan kabus putih yang terhasil dari curahan air terjun ini membuatkan diri terpukau melihat keindahan semula jadi. Tapi bagaimana jika kamu dapat melihat apa yang ada dalam gunung yang mengalirkan air terjun ini.

Di kampung Lautebrunnen ini menggali terowong di dalam gunung air terjun bagi melihat perjalanan air terjun, ianya aktiviti yang sangat menarik dan menakjubkan.

#8 Air Terjun Glasiernya Tersenarai Dalam UNESCO

Foto – Arkib Wanista

Sudahlah kampung ini memiliki jumlah air terjun paling banyak di dunia, malah air terjun glasier yang mengalir dari pergunungan banjaran Swiss Alps ini juga mendapat pengikhtirafan dalam UNESCO. Memang hebat betul!

#9 Lokasi Insprasi ‘Middle Earth’ Untuk Filem Lord Of The Rings Dan Hobbit

Foto – Untraveled World

Siapa yang pernah menonton filem Lord of The Rings dan Hobbit, pasti tahu terdapat satu babak yang memaparkan ‘middle earth’ dalam filem tersebut.

Kalau nak tahu rekaan ‘middle earth’ dalam filem tersebut mengambil sumber inspirasi di kampung Lauterbrunnen, Switzerland sebenarnya.

Siapa yang merancang untuk melancong ke Switzerland bolehlah selitkan lawatan ke kampung Lauterbrunnen ini sekali, comfirm tak rugi kamu jejak ke sana.

Selamat bercuti!