Kesihatan

Sebenarnya Garam Kena Guna 5 Gram Sahaja, Kalau Tidak…

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Sebenarnya Garam Kena Guna 5 Gram Sahaja, Kalau Tidak…

Penggunaan garam dalam masakan telah menjadi perkara ruji dalam kehidupan kita, tanpa garam kita rasa masakan itu tidak lengkap.

IKLAN

Tapi adakah kita semua tahu berapa banyak jumlah pengambilan garam yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan untuk kita ambil dalam masa sehari, adakah ia sebanyak 50 – 100 gram atau empat hingga lapan sudu makan garam?

Nak tahu berapa jumlah sebenar yang harus kita ambil jom lihat kupasannya di bawah.

Hanya 5 Gram Sahaja

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, garam merupakan sebatian organik yang mengandungi mineral penting yang diperlukan dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil sahaja.

Selain itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah mengeluarkan panduan pengambilan garam untuk orang dewasa dan kanak-kanak pada tahun 2012.

Foto – Healthline

Garam atau nama saintifiknya adalah Natrium Klorida (NaCI) dan juga dikenali sebagai Sodium. Tahu tak sebenarnya satu sudu teh garam atau lima gram garam, persamaan dengan 2000 miligram sodium.

Dan menurut WHO orang dewasa disarankan mengambil lima gram garam atau tak lebih dari satu sudu teh garam sehari.

Jumlah ini termasuklah garam yang terdapat dalam makanan sedia ada, secara semula jadi ataupun di tambah semasa proses memasak.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista (Jadual pengambilan garam mengikut had umur)

Meski terdapat jadual pengambilan untuk bayi dan kanak-kanak, pakar kesihatan menganjurkan pengambilan garam bawah lima gram untuk bayi dan kanak-kanak agar dapat mengelakkan terkena penyakit serta sekaligus menjejaskan kesihatan dalam masa jangka panjang.

Kesan Mengambil Garam Berlebihan

Foto – The Health Site

Bayangkan sebenarnya tubuh kita hanya memerlukan lima gram dalam sehari, pengambilan garam penting untuk metabolisma tubuh tapi jika ianya diambil secara berlebihan akan memberi mudarat pada kesihatan diri. Antara penyakit yang kita akan dapati adalah:

  • Tekanan darah tinggi
  • Penyakit kardiovaskular
Foto – Sirap Merah

Kita perlu faham pengambilan garam yang berlebihan menyebabkan cecair dalam badan terkumpul dan sekaligus membebankan buah pinggang.

Oleh itu, untuk mengelakkan diri dari menghidapi penyakit sebegini, Kementerian Kesihatan dan juga WHO menyarankan agar kita mengambil lima gram garam sehari.

Ketahui Terdapat Garam Tersembunyi

Tahu tak selain garam yang kita letak dalam masakan, sebenarnya terdapat garam yang tersembunyi dalam makanan yang mengandungi bahan pengawet.

Jika kamu baca senarai kandungan produk makanan yang mengandungi bahan pengawet, kamu pasti dapat lihat perkataan seperti sodium nitrat atau sodium benzoat di mana kedua-dua bahan ini sebenarnya adalah garam.

Selain itu, garam juga terdapat di dalam roti dan pastri kerana penggunaan serbuk penaik yang dikenali sebagai sodium bikarbonat.

Foto – YouTube

Ini antara makanan yang mengandungi garam tersembunyi:

  • Marjerin
  • Jeruk
  • Jeli
  • Mee kuning
  • Jem
  • Cili boh
  • Minuman ringan
  • Mee segera
  • Roti putih
  • Pastri
  • Biskut
  • Roti bijirin penuh
  • Ikan bilis tanpa kepala
  • Keropok ikan
  • Telur masin
  • Keju
  • Aneka ikan masin
  • Keropok papadom
  • Segala aneka sos (macam sos kicap pekat, cair, sos ikan, udang, cili dan sebagainya)
  • Kentang goreng
  • Makanan berproses (macam nugget, daging burger, bebola ikan, bebola daging, sosej dan sebagainya)
  • Pizza
  • Aneka makanan bergoreng segera (macam kentang, ayam dan keropok lekor)
  • Cincaluk
  • Budu
  • Sambal belacan
  • Bijirin segera (macam Koko Krunch, Honeystars dan sebagainya)
  • Makanan ringan dan makanan dalam tin
Foto – Good Magazine

Banyak lagi sebenarnya makanan-makanan yang mengandungi garam tersembunyi, dan kebanyakan makanan-makanan yang disenaraikan di atas kerap di makan oleh kita semua.

Bayangkan berapa banyak garam dah masuk dalam badan kita dengan menjamah makanan dalam senarai di atas itu? Yang pastinya tubuh kita menyimpan lebih dari lima gram garam!

10 Tahun Tak Ada Garam Di Rumah – Doktor Rafidah

Lihat sedangkan doktor pun tak guna garam di rumah lebih dari 10 tahun untuk menjaga kesihatan, semuanya bermula dengan apa yang kita makan.

Kalau nak jaga kesihatan maka kenalah bermula dari rumah, tiru macam doktor Rafidah tak pernah ada garam dekat dapur.

Tips Macam Mana Nak Kurangkan Pengambilan Garam!

Bagi yang merasakan sukar untuk amalkan makanan tanpa garam sepenuhnya, ada beberapa cara yang boleh kamu lakukan bagi mengurangkan pengambilan garam dalam diet pemakanan harian.

Foto – New York Post
  • Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar
  • Guna herba, bawang putih dan sitrus sebagai menambah rasa
  • Kurangkan pengambilan makanan segera, berproses, dalam tin dan aneka sos
  • Elakkan makan sayur dan buah-buahan segar guna dressing salad, mayonis dan juga aneka serbuk asam
  • Elak atau kurangkan makan di luar
  • Kurangkan mengambil makanan asin seperti telur masin dan ikan masin
  • Kurangkan garam dalam masakan
  • Nak lebih bagus makan makanan dengan rasa asli (makna tak guna garam langsung) dalam makanan
Foto – Arkib Wanista

Jadi mulakan hari kamu dengan mengambil makanan kurang garam, mungkin awal-awal sukar nak kawal habit pemakanan kita tapi ianya bukan perkara mustahil untuk dilaksanakan.

Bak kata orang dulu-dulu “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”, cuba amalkan pengambilan lima gram garam dalam masakan dan kurangkan pengambilan makanan ringan dan berproses.

Ingat “we are what we eat” jadi jangan tanya kenapa tiba-tiba ada darah tinggi dan sakit buah pinggang, sebab gaya pemakanan yang terlebih garam!

Selamat beramal

Rujukan: 1, 2,