Info Menarik

4 Habit ‘Luar Biasa’ Mukesh Ambani, Lelaki India Terkaya Di Asia

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
4 Habit ‘Luar Biasa’ Mukesh Ambani, Lelaki India Terkaya Di Asia

Perkahwinan anaknya, billionaire terkemuka India Mukesh Ambani, mendapatkan khidmat persembahan Beyonce, kumpulan Maroon 5 dan vokalis Chris Martin.

IKLAN

Berkawan dengan Hillary Clinton dan CEO Google Sundar Pichai, ahli perniagaan India ini memperoleh 7.2 juta kali ganda daripada rata-rata orang India dan bernilai US$68.4 billion – lebih besar daripada gabungan KDNK negara Latvia, Botswana dan Niger – menjadikannya orang terkaya di seluruh Asia dan kelima di dunia.

Tahukah, Mukesh Ambani tidak minum dan sangat ‘family man’, mungkinkah itu rahsia dia miliki kekayaan yang tak akan pernah habis? Agaknya apa lagi habit luar biasa Ambani boleh kita jadikan panduan hidup? Yang pasti kekayaan lelaki 63 tahun ini tidak datang bergolek tanpa disiplin yang kuat, dan sikapnya yang humble.

Tapi, nak tahu Mukesh Ambani mempunyai beberapa tabiat mengejutkan yang tidak diketahui banyak orang.

Diet pemakanan sangat ketat

Mukesh Ambani tidak pernah menyentuh minuman beralkohol sepanjang hidupnya. Dia tidak minum dan tidak makan daging, mengikuti diet vegetarian yang sangat ketat.

Foto – NDTV

Walaupun begitu, lelaki ini tidak memilih makanan. Dia makan di mana sahaja, dari tepi jalan hingga ke restoran terbaik di Mumbai. Comfort food pilihannya merangkumi hidangan sederhana seperti nasi, dal, dan capati sahaja.

Morning person

Mukesh Ambani sangat bekerja keras dan tidak suka membuang masa. Dia bangun antara pukul 5 hingga 5.30 pagi setiap hari. Dia kemudian pergi ke gim untuk bersenam, meluangkan masa membaca berita dan makan sarapan pagi di restoran kegemarannya sebelum pergi bekerja.

IKLAN

Family man

Mukesh Ambani sangat rapat dengan keluarganya. Dia bahkan meminta restu ibunya sebelum keluar bekerja setiap hari dan dia bercakap dengan isterinya, Neeta tentang kerja sebelum tidur.

Foto – SCMP

Hari Ahad pula digunakan untuk meluangkan masa bersama keluarga, dan dia menghabiskan hari itu dengan menemani ibu, isteri dan tiga anaknya.

Hadkan gaji

Sebagai pengerusi Reliance Industries, Mukesh Ambani memperoleh US$2 juta setahun. Jumlahnya tidak sebesar keuntungan syarikat, lebih-lebih lagi ia adalah gaji yang sama diperoleh 10 tahun lalu.

Katanya Ambani sengaja membataskan gaji dengan menyatakan bahawa dia ingin memberi contoh kesederhaan dalam pengurusan. Dunia sekarang di mana rata-rata CEO Amerika memperoleh purata US$15.6 juta setiap tahun, kesederhanaan Ambani pasti menonjol, membezakannya dari sebilangan besar rakan sebaya di peringkat antarabangsa.

Foto – HerZindagi

Menarikkan kisah hidup Mukesh Ambani. Semoga kita semua boleh jadikan panduan hidup.

RUJUKAN : 123