Wanita mana yang tidak mahu di hari perkahwinannya, dirinya adalah wanita paling cantik di dunia. Dengan gaun kembang yang cantik bersama mahkota tiara di kepala, menjadikan diri pada waktu itu adalah wanita paling cantik dan bahagia di hari bersejarah.
Ya, begitulah apa yang berlaku pada cucu Ratu England, puteri Beatrice yang baru saja melangsungkan majlis perkahwinannya bersama suami Eduardo Mapelli Mozzi, di Royal Chapel of All Saints yang terletak di Windsor hari Jumaat lepas.
Perkahwinan kerabat diraja British yang diadakan sewaktu pandemik ini menarik perhatian dunia, apatah lagi cucu perempuan Ratu England ini mengenakan gaun yang pernah di pakai oleh neneknya bersama mahkota tiara mewah yang pernah di pakai oleh Ratu Elizabeth semasa majlis perkahwinannya dahulu.
Jom singkap beberapa fakta menarik tentang perkahwinan puteri Beatrice, di bawah.
Gaun Dan Tiara Milik Ratu Elizabeth II
Gaun yang di pakai oleh puteri Beatrice untuk majlis perkahwinannya sebenarnya adalah gaun milik Ratu Elizabeth yang pernah di pakai semasa menghadiri tayangan filem yang bertajuk ‘Lawrence Of Arabia’ pada tahun 1962, dan juga semasa menghadiri persidangan parlimen pada tahun 1967.
Manakala tiara batu berlian mewah yang di pakai oleh puteri Beatrice dikenali sebagai Queen Mary, tiara batu berlian tersebut di pakai oleh Ratu Elizabeth semasa berkahwin dengan Putera Philip pada tahun 1947.
Siapa Sebenarnya Puteri Beatrice Dalam Keluarga Diraja British?
Mungkin ada yang tak berapa mengenali cucu perempuan Ratu England ini, untuk pengetahuan semua Ratu Elizabeth mempunyai empat orang anak iaitu Putera Charles, Putera Andrew, Puteri Anne dan Putera Edward.
Dan puteri Beatrice merupakan anak perempuan sulung Putera Andrew bersama Sarah, Duchess of York, dan merupakan salah seorang dari lapan orang cucu Ratu Elizabeth.
Puteri Beatrice merupakan pewaris ke sembilan dalam senarai pewarisan tahta kerajaan England. Puteri ini juga mempunyai seorang adik perempuan iaitu puteri Eugenie dan mereka berdua sangat rapat.
Majlis Perkahwinan Tertutup Dengan Konsep ‘Secret Garden’
Meski puteri Beatrice tidak dapat melakukan majlis perkahwinan yang besar dan glamor, tetapi memikirkan keselamatan neneknya Ratu England yang turut menghadiri majlis perkahwinan semasa pandemik ini, melakukan majis tertutup untuk menjaga keselamatan semua.
Walaupun ianya majlis yang tertutup, pastinya majlis kerabat diraja tidak sama seperti mana-mana majlis seperti orang biasa betul tak?
Di lihat pada pintu gerbang di Royal Chapel terdapat pokok bunga dihiasi pada pintu gerbang tersebut, menjadikan ia seperti berada dalam taman rahsia atau ‘secret garden’.
Koleksi Foto Gaun Perkahwinan Puteri Beatrice Yang Cantik Dan Klasik!
Bahagia Puteri Beatrice Di Samping Suami Tersayang
Tiada Apa Dapat Menghalang Penyatuan Dua Hati, Hatta Pandemik Sekalipun!
Terpatri Janji Hidup Sehingga Akhir Hayat
Menarik perkahwinan kerabat diraja British kali ini, meskipun berlaku penularan pandemik ianya tidak mematahkan semangat puteri Beatrice untuk melangsungkan majlis perkahwinannya bersama suami tercinta!
Semoga berbahagia hingga akhir hayat puteri Beatrice.