Kamu alami masalah kulit berkedut, tanda-tanda penuaan dah mula timbul di permukaan kulit muka? Jadi apa yang perlu dilakukan apabila kulit dah mula tunjuk tanda-tanda seperti ini?
Tahu tak produk muka yang menggunakan bahan seperti retinol, boleh membantu mengatasi masalah garis kedutan dan tanda-tanda penuan pada kulit muka.
Hasil keberkesanan produk yang mengandungi retinol ini menjadi buruan ramai wanita yang inginkan kulit wajah muda remaja.
Retinol Kunci Rawatan Kulit Dan Keremajaan Diri
Retinol sangat dikenali sebagai bahan utama dalam dunia kecantikan, ia sebenarnya adalah sejenis retinoid yang berasal dari vitamin A.
Kenapa retinol ini penting untuk wanita dalam lingkungan akhir 20an dan awal 30an adalah kerana, retinol akan menyerap masuk ke dalam lapisan kulit di mana molekul yang masuk ke dalam kulit akan membantu meneutralkan radikal bebas yang terdapat di dalam kulit.
Selain itu, retinol juga dapat membantu kulit untuk menghasilkan kolagen dan protien, yang mana ia akan menghasilkan kesan ‘plump’ yang mana dapat mengurangkan garisan kedutan.
Tambahan lagi, retinol juga mempunyai kesan seperti scrub yang boleh menanggalkan sel kulit mati dan meningkatkan tekstur kulit sihat serta tona kulit.
Retinol Penting Untuk Wanita Akhir 20an & Awal 30an
Tahu tak buat wanita yang sudah meningkat usia seperti akhir 20an dan awal 30an merupakan jangka masa yang menakutkan buat wanita yang mementingkan penjagaan muka. Ini kerana pada waktu ini lah mula keluar garis-garis kedutan dan tanda-tanda penuaan pada kulit muka wanita.
Dengan umur semakin meningkat, pastinya masalah seperti jerawat, garis halus, garis kedutan, bintik-bintik pada muka, masalah pigmentasi, tona kulit jadi tak sekata dan liang pori mula terbuka besar menjadikan ia musuh utama wanita berusia.
Justeru itu, dengan retinol wanita dapat mengatasi masalah ini, cuma kesan untuk muka kembali pulih dan remaja akan mengambil masa antara enam hingga 12 bulan untuk melihat kesannya.
Produk Muka Yang Mengandungi Retinol Bagus Guna
Bagi yang ingin menjaga kulit muka dari sekarang, ini antara beberapa jenama dan produk yang boleh kamu guna pakai bagi menangani masalah kulit berkedut mahupun tanda-tanda penuaan yang lain.
Hada Labo – Retinol Firming Essence [SINI]
Pixi – Retinol Tonic [SINI]
Drunk Elephant – A-Passioni™ Retinol Cream [SINI]
Neutrogena – Rapid Wrinkle Repair® Regenerating Retinol Cream [SINI]
Kate Somerville – Retinol Vitamin C Moisturizer [SINI]
Dr Deniss Gross – Ferulic + Retinol Eye Cream [SINI]
Biossance – Squalane + Phyto-Retino Serum [SINI]
Olay – Regenerist Retinol 24 Night Moisturizer [SINI]
Sunday Riley – A+ High Dose Retinoid Serum [SINI]
Jadi jaga kulit muka dari awal untuk kekal kelihatan muda seperti remaja. Peringatan kalau produk muka yang kamu gunakan menyebabkan iritasi, berhenti dahulu pakai. Mungkin kamu boleh buat jadual pemakaian seperti dalam seminggu guna dua atau tiga kali.
Selamat beramal♥