Makanan

Restoran A&W Berkonsep Retro Yang Pertama, Kini Dibuka!

Sofie Azizlan
/
[so-fe]
Restoran A&W Berkonsep Retro Yang Pertama, Kini Dibuka!

Restoran A&W yang merupakan restoran makanan segera yang pertama di Malaysia pada tahun 1963 kini menggunakan konsep retro di Seventeen  Mall, Petaling Jaya.

IKLAN

Bagi mengimbau suasana dan nada pada zaman 60-an sehingga 80-an seperti muzik funk, soul, disco dan klasik dimainkan, restoran A&W mengambil peluang ini untuk memberikan kelainan daripada restoran-restoran A&W di Malaysia.

Foto – Instagram

Menggunakan pelaburan dana berjumlah RM1 juta, George Ang iaitu Ketua Pegawai Eksekutif A&W Malaysia berkata, “Walaupun cawangan baharu ini menampilkan restoran berkonsepkan retro tetapi kami masih memasukkan elemen moden yang dilengkapi dengan ruangan berpetak dan tempat duduk seperti di bar yang menjadikan ia satu lokasi yang instagramable daripada yang lain”.

Foto – Arkib Wanista

Bagi mengekalkan mood retro di cawangan itu, Juke Box atau peti muzik yang terdapat dalam restoran tersebut akan menghidupkan lagi suasana pada zaman tersebut dengan pelbagai pilihan lagu yang boleh dipilih oleh pelanggan.

Foto – Arkib Wanista

“Sejak tahun 1963, rakyat Malaysia telah familiar dengan jenama ini, dan hidangan menu ikonik yang digemari ialah Coney, waffle dan A&W RB . Setelah beberapa tahun berlalu, rakyat Malaysia turut menggemari hidangan istimewa kami seperti Mozza Burger dan A&W Aroma® Chicken yang diperbuat daripada ramuan-ramuan yang segar bagi memastikan pelanggan mendapatkan makanan mereka yang berkualiti terbaik daripada kami,” ujar George.

Foto – Arkib Wanista

Restoran berkonsepkan retro ini merupakan komitmen secara konsisten kepada para pelanggan A&W dengan membawa ‘kegemilangan zaman dahulu’ dan pada masa ini akan menjadi tarikan kepada golongan generasi muda dan moden. Walaupun restoran berkonsepkan retro ini menjadi keunikan kepada generasi berumur, tetapi bagi golongan milenial mereka akan mendapati restoran ini menarik dan instagramable kerana keunikannya.

Foto – Arkib Wanista

Disebabkan oleh penularan Covid-19, restoran ini telah mengambil pelbagai langkah untuk mengutamakan keselamatan dan kesihatan para pelanggan serta kakitangannya, Prosedur Operasi Standard (SOP) dilaksanakan di semua restoran A&W seperti proses sanitasi dilakukan ke atas meja, kerusi, alat penggera, talam dan pemegang pintu.

Foto – Instagram

“Proses sanitasi ini dilakukan bagi memberikan pelanggan berasa selamat dan menjamu selera di restoran kami. Kami masih lagi mengamalkan penjarakan sosial dan pelanggan digalakkan memakai pelitup muka. Saringan suhu akan dilakukan di pintu masuk,” ujar George.

Sekiranya terdapat pelanggan yang ingin membeli pelitup muka, restoran A&W menyediakan pelitup muka yang berharga RM1 sekeping dan keuntungannya akan disalurkan kepada badan amal.

IKLAN
Foto – Instagram

Jenama A&W merancang untuk mengangkat warisan yang kaya dan legasinya di Malaysia sebagai peneraju dalam industri makanan segera bagi mengembalikan zaman kegemilangan di samping menarik kembali minat para pelanggan generasi muda.

A&W telah mencipta sejarah pada tahun 1963 apabila ia menjadi restoran yang pertama dibuka di Malaysia. Lebih daripada setengah abad, jenama ini telah menambat hati pelanggan dengan hidangan terkenal lain seperti RB float, burger, ice cream waffle dan maskot Rooty® The Great Bear. 

Foto – Instagram

Jenama ini akan kekal dalam ingatan para pelanggannya kerana dapat menciptakan memori yang sukar dilupakan bersama orang-orang tersayang.

Restoran A&W telah buka sebanyak 49 buah restoran di seluruh Malaysia dan Seventeen Mall sebagai cawanganya yang terbaru. Ipoh Parade yang bakal membuka cawangan A&W yang berkonsepkan retro yang membawa suasana pada zaman dahulu.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan A&W Malaysia, anda boleh melihat di laman-laman sosial media seperti Facebook, Instagram dan Twitter.