Hiburan

Buat Surgery? Megan Fox Dulu Dan Sekarang Sangat Lain

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Buat Surgery? Megan Fox Dulu Dan Sekarang Sangat Lain

Megan Fox adalah contoh wanita yang tidak perlu melakukan operasi plastik kerana wajahnya sudah sempurna.

IKLAN

Tapi ternyata dia manusia biasa yang tidak dapat lari daripada godaan, dan nekad merubah diri kepada yang lebih seksi dan glamor. Kini, bentuk hidung, tulang pipi dan suntikan bibir menjadikan dirinya seperti boneka plastik.

Walaupun bintang Transformer menolak dakwaan pembedahan plastik, tapi foto sebelum dan selepas bukti dia melakukan ‘sesuatu’. Pada tahun 2010, Megan ditanya tentang khabar angin dia membuat suntikan bibir, tapi dia menolak sekerasnya dan menjelaskan bibirnya adalah asli. Dia juga mendakwa tidak pernah melakukan botox, menaikkan tulang pipi atau pembedahan wajah yang lain.

Walau bagaimanapun, bila bercakap tentang pembedahan plastik secara amnya, aktres yang dilabel simbol seks langsung tidak menentangnya.

“Saya akan mendorong sesiapa sahaja yang menginginkan pembedahan plastik. Tapi sebaiknya bertanya dengan ahli terapi, untuk mencuba dan mengetahui dari mana keinginan ini datang dan kenapa mahu melakukannya.

“Kerana ia tidak berkaitan dengan gigi atau hidung atau dagu – pembedahan tidak akan mengurangkan rasa insecure dalam diri anda.

“Sekiranya anda merasa, ini adalah sesuatu yang ingin saya lakukan, maka lakukanlah. Afterall, sangat luar biasa kita mempunyai teknologi yang boleh merubah fizikal dalam sekelip mata,” jelas Megan.

Megan juga berkata dia ada rasa insecure dengan penampilan diri.

IKLAN

“Saya sangat insecure dalam segala hal. Ada perkara yang saya suka dan perkara yang saya tidak suka. Rambut. Warna mata saya. Saya juga rendah dibandingkan dengan orang lain. Secara keseluruhan, saya tidak terlalu teruja dengan segalanya. Saya ada rasa tidak senang dan negatif.”

Lihat transformasi Megan Fox dari zaman suci hingga sekarang.

2003 – Muka baru di Hollywood. Muncul dalam sitkom ‘Two and a Half Men’.

Foto – Jeffrey Mayer

2004 – Bintang filem ‘Confessions of a Teenage Drama Queen’ bersama Lindsay Lohan.

Foto – Jim Spellman

2007 – Nama Megan mula mekar setelah memegang peranan utama dalam ‘Transformer’.

Foto – El Pics

2008 – Dilabel simbol seks.

Foto – Steve Granitz

2010 – Wajah Megan mula nampak lain. Adakah faktor ageing atau?

Foto – The Skincare Edit

2012 – Megan hamil anak pertama, Noah.

Foto – Larry Busacca

2013 – Muncul di karpet merah Golden Globe 2013, wajah Megan nampak makin hot.

Foto – Pinterest

2017 – Peminat geram Megan Fox menyangkal dakwaan surgery.

Foto – Popsugar

2019 – Tahun 2019 sangat ketara perubahan Megan, lihat pada pipi dan bibirnya.

Foto – Arkib Wanista

Walaupun Megan tegas mengatakan dirinya asli tapi kita tidak dapat menyangkal bahawa aktres hot ini ‘go under the knife’ untuk kepuasan diri.

Kalau betul, perubahan Megan memang berjaya. 

RUJUKAN : 12