Dayang Nurfaizah, antara vokalis eksklusif di negara kita.
Masih ingat lagi ketika debut sekitar 90-an di RTM, wanita berfizikal genit dengan kulit sawo matang dan senyuman manis, ramai terpegun dengan suaranya lunak merdu. Dayang Nurfaizah, individu yang cukup bertuah, setiap lagu-lagunya menjadi halwa telinga dan mudah diterima malah hit di setiap platform.
https://www.youtube.com/watch?v=PVRzs5jtKZk
Tak Percaya Teknik Pemutihan
Kalau artis lain sakan mahu merubah warna kulit kepada lebih cerah, tetapi tidak Dayang. Pelantun lagu ‘Seandainya Masih Ada Cinta’ berkata dia tidak mempercayai rawatan pemutihan kerana berkemungkinan besar boleh merosakkan lagi kulit.
“Rasanya saya lebih selesa dengan warna kulit asal saya walaupun gelap. Saya tidak mempercayai konsep rawatan pemutihan wajah.
“Pada pendapat saya, yang penting kulit dijaga rapi agar ia tidak kusam dan naik jerawat, itu sudah mencukupi,” katanya.
Gemar Stail Ringkas
Jika anda mengikutinya di Instagram, stail Dayang Nurfaizah sangat ringkas, hanya menyarung jeans dan kemeja-t, Dayang dah boleh keluar rumah. Tapi kata Dayang, kini dia lebih gemarkan seluar loose, lebih selesa. Rambut lurus hitam berkilat, wajah disolek nipis, lagak wanita 39 tahun ini persis gadis remaja.
Dari dulu hingga sekarang masih terlihat sama saja.
Dayang Nurfaizah Yang Awet Muda
Jangan tak tahu Dayang hampir mencecah usia 40 tahun ye. Tak percaya sebab nampak muda riang ria kan…