Ksisters adalah peruncit dalam talian yang membawa fesyen, makanan, lifestyle, cara hidup dan kecantikan dari Korea dan dipilih secara peribadi untuk glow up pengguna di Singapura.
Jungmin Lee iaitu pengasas Ksisters menyatakan bahawa perniagaan ini diinspirasikan oleh hasratnya setelah sukar mencari pakaian kanak-kanak Korea di Singapura.
Pada awal penubuhan Ksisters ini, Jungmin telah membawa masuk pakaian indie kanak-kanak Korea termasuklah twinning outfits antara ibu dan anak. Gaya Ksisters Twinning menjadi sangat popular pada awal memulakan perniagaan sehingga komuniti Ksisters yang bernama #ksistersfam.
Setelah beberapa tahun perniagaan, Jungmin mengeluarkan produk kecantikkan setelah mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan-pelanggannya.
Bagi perbezaan jenama Ksisters dan jenama yang lain, Jungmin menyatakan bahawa curation sangat berbeza dengan listing dan distribution, “Kami akan menguji semua produk yang dikeluarkan dalam kalangan pasukan kami sebelum dijual kepada pelanggan. Kami juga memastikan produk kecantikkan berfungsi dengan baik dalam cuaca tropika”.
Dorongan Jungmin untuk menubuhkan K-Beauty di Singapura adalah berdasarkan dengan perkataan Jung (情), iaitu sentimen budaya Korea yang pada dasarnya merujuk kepada perikatan hubungan erat antara manusia seperti yang dibangunkan oleh beliau iaitu Ksisters Fam.
Pada tahun ini, Jungmin telah melancarkan perniagaanya di Malaysia. Sempena pelancaran perniagaan Ksisters di Malaysia, Jungmin telah mengeluarkan koleksi I Woke Up Like This dan Perfect But Your Hair Can Be With Phytopecia.
KOLEKSI I WOKE UP LIKE THIS [BELI]
“I Woke Up Like This adalah item suncream yang pertama saya bawa ke dalam K-Beauty. Sama seperti namanya, kulit yang tidak memerlukan foundation atau alat solek adalah kulit yang baik. Jadi untuk mendapatkan kulit yang baik, kita perlu menggunakan produk yang diformulakan dengan formula botani. Suncream ini dijual laris di Korea dan Singapura. Produk ini juga telah lulus ujian kegatalan pada kulit,” ujar Jungmin.
KOLEKSI PERFECT BUT YOUR HAIR CAN BE WITH PHYTOPECIA [BELI]
Bagi produk Perfect But Your Hair Can Be With Phytopecia, ia adalah syampu keguguran rambut dan jenama tonik yang semakin meningkat di Korea. Produk ini terkenal di kalangan komuniti Instagram dengan keberkesanannya. Semasa pembuatan syampu ini, pasukan Ksisters telah menguji 4 sehingga 5 jenama popular.
“Setelah mencubanya dalam jangka masa panjang, kami melihat phytopecia membantu dalam menangani masalah keguguran rambut. Syampu ini menjadi top selling di Singapura dan kami berhasrat untuk membantu masyarakat Malaysia yang mempunyai masalah yang sama untuk mencubanya,” ujar Jungmin.
Setelah menjalani perniagaan selama beberapa tahun, Jungmin dan Ksisters memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan di atas talian berbanding dengan physical store. Disebabkan oleh Covid-19, Jungmin tidak mempunyai rancangan untuk membuka kedai kerana kebanyakkan perniagaan fizikal terjejas berbanding dengan di atas talian.
Jungmin yang menggunakan produk Ksisters menyatakan hanya terdapat 4 langkah sahaja memandangkan cuaca yang panas dan lembab di Singapura dan Malaysia. Antara 4 langkah tersebut adalah mencuci, prep, merawat dan melindungi.
Pencucian muka sebanyak 2 kali akan membersihkan liang pori dan menjadikan kulit sekata. Menyapu toner secara berlapisan akan membuatkan penyerapan produk seterusnya menjadi lebih baik.
Pada peringat rawatan, mengetahui masalah kulit yang paling penting dan merawatnya adalah lebih baik. Suncream digunakan sebagai produk penjagaan kulit anti penuaan yang dapat mencegah pelbagai masalah kulit.
Jika anda berminat untuk mendapatkan produk daripada Ksisters, anda boleh melayari laman web rasmi Ksisters dan Instagram untuk membelinya.
Selamat mencuba!