Berita & Isu Semasa

Aktor Popular Jepun Haruma Miura Mati Bunuh Diri

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Aktor Popular Jepun Haruma Miura Mati Bunuh Diri

Aktor popular Jepun, Haruma Miura meninggal dunia pada usia 30 tahun. Dia terkenal menerusi filem Attack on Titan, Eien no Zero (Eternal Zero), Kimi ni Todoke (From Me to You), dan Koizora (Sky of Love).

Foto – Twitter

Menurut laporan media Jepun, Haruma Miura ditemui tergantung di rumahnya sekitar jam 1 tengahari pada pada 18 Julai. Punca kematian belum dapat disahkan, tetapi dipercayai bunuh diri. Dia dibawa ke hospital berhampiran setelah ditemui, dan disahkan meninggal dunia.

IKLAN
Foto – Koreaboo

Haruma Miura sepatutnya mempunyai jadual kerja pada 18 Julai, tetapi dia tidak menghadirkan diri. Seorang pegawai mengunjungi rumahnya, dan mendapati Haruma Miura tergantung di siling rumah.

Catatan terakhirnya di Instagram menyaksikan dia mempromosi drama terbaru ‘Love Will Begin When Money End’ yang akan ditayangkan pada bulan September. Miura menceritakan suasana ketika berada di set dan dia berharap dapat membuat orang ketawa lagi.

Aktor ini dilahirkan pada tahun 1990 dan memulakan kariernya sebagai pelakon kanak-kanak. Filem paling popularnya adalah adaptasi anime ‘Attack on Titan’ di samping Kiko Mizuhara.

Rest in Peace Haruma Miura!

RUJUKAN : 12

IKLAN