Hiburan

Teater Sepet The Musical Inspirasi Filem Tempatan Klasik

Sofie Azizlan
/
[so-fe]
Teater Sepet The Musical Inspirasi Filem Tempatan Klasik

Filem Sepet pernah menjadi sebutan apabila hasil Yasmin Ahmad sering mendapat tempat dalam hati masyarakat. Jadi, Liver & Lung membawa sebuah teater Sepet The Musical yang diadaptasikan daripada hasil Yasmin Ahmad. Teater ini dijadualkan akan ditayangkan pada bulan Ogos ini.

Foto – Arkib Wanista

Disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (RMCO), rakyat Malaysia masih menjalani kehidupan dalam norma baru di mana Standard Prosedur Operasi (SOP) masih dilaksanakan. Kerjasama antara Liver & Lung serta pihak  GMBB, SOP ketika teater berlangsung tetap dijalankan bagi mencegah daripada penularan wabak Covid-19.

Sepet The Musical ini merupakan pertunjukkan teater yang pertama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) dan syarikat ini mengambil kesempatan dengan membawa magic Yasmin Ahmad di mana harapan yang dibawa olehnya menjadi inspirasi kepada masyarakat pada pasca Covid 19.

IKLAN

Muzikal ini menampilkan lagu-lagu asli daripada Shafeeq Shajahan dan Badrish Isdin. Lagu-lagu ini telah dicalonkan dalam kategori Best Original Score di 17th BOH Cameronian Arts Awards.

Foto – Facebook

Sepet The Musical dan lagu-lagu yang diinspirasikan daripada A Little Life akan dipersembahkan dalam Bahasa Inggeris. Untuk menghadiri muzikal ini, penonton akan memakai pakaian mengikut kod pakaian iaitu berpakaian seperti Jason dan Orked; baju kasual pasar malam dan baju kurung.

TARIKH:

 07/08/2020 – 09/08/2020

 14/08/2020 – 16/08/2020

21/08/2020 – 23/08/2020

 TEMPAT: 

No, 2, Jalan Robertson, 50150 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

IKLAN

HARGA:

RM 110 (Kedua-dua muzikal)

RM 40 (Lagu-lagu yang diinspirasikan oleh A Little Life)

Sekiranya anda peminat hasil Yasmin Ahmad dan Hanya Yanagihara, anda boleh menempah tiket muzikal tersebut. [TEMPAH SEKARANG!]