Bhutan bukan saja sebuah negara yang dipenuhi dengan kehijauan dan keindahan alam semata-mata, ia juga sebuah negara yang penuh dengan keunikan dan khazanah yang tersendiri di mana menunggu orang ramai untuk menerokai kewujudannya.
Ingin tahu apa yang menariknya di Bhutan, jom teroka the hidden gem ini di bawah.
#1 Tiada Restoran Makan Segera
Jika kamu berpeluang melancong ke Bhutan, kamu akan dapati bahawa tiada restoran makanan segera di Bhutan.
Ya, langsung tiada sebarang restoran fast food kegemaran kamu seperti KFC, McDonald’s. Burger King, Starbucks, Pizza Hut atau mana-mana restoran makanan segera yang biasa kita lihat di negara-negara luar.
Ini kerana rakyat Bhutan lebih kepada vegetarian, tambahan lagi faktor agama dan kedudukan geografi Bhutan membuatkan rangkaian makanan segera ini tidak sesuai dibangunkan di Bhutan.
#2 Jalanraya Tak Perlu Lampu Isyarat
Percaya atau tidak Bhutan tidak mempunyai lampu isyarat lalu lintas di jalanraya, kerajaan dahulu pernah mengusulkan untuk membina lampu isyarat tetapi dibantah oleh rakyat kerana ianya tidak perlu dan cukup hanya menggunakan polis trafik bagi mengawal lalu lintas.
#3 Semua Kedai Tutup Tatkala Matahari Terbenam
Biasa kedai-kedai dan tempat tempat pelancongan akan tutup lewat seperti jam 9 malam atau 10 malam bukan? Tapi di Bhutan semua kedai-kedai dan pusat-pusat pelancongan akan ditutup selepas matahari terbenam iaitu jam 4.30 petang hingga 5 petang bagi tempat-tempat pelancongan.
Manakala kedai-kedai akan mula tutup antara jam 7 petang hingga 8 malam. Di Bhutan semua perniagaan tutup awal dan gaya hidup mereka cukup ringkas serta menyenangkan.
#4 Ketua Keluarga Adalah Wanita
Unik ketua keluarga di Bhutan adalah wanita, ya bagi orang lelaki yang berkahwin dengan wanita mereka akan tinggal rumah keluarga sebelah wanita.
Ini merupakan tradisi turun temurun dan bagi wanita nomad Bhutan pula mereka memiliki suami lebih dari seorang. Dari sini kita boleh lihat Bhutan mengamalkan matriarhal society, unik bukan?
#5 Ilustrasi Kepala Zakar Ada Di Mana-Mana
Jangan terkejut bila kunjung ke Bhutan melihat banyak illustrasi dan replika kepala zakar lelaki di tokong-tokong, dinding rumah, kedai mahupun jalanraya di Bhutan.
Ini adalah kerana masyarakat Bhutan juga menyembah phallus atau kepala zakar kerana dipercayai dapat menghalau semangat jahat mengikut kepercayaan mereka.
#6 Negara Terbaik Untuk Hiking Dan Jungle Trekking
Bhutan merupakan salah satu negara yang masih mempunyai 72 peratus hutan hijau di negara mereka, dan merupakan khazanah berharga buat pencinta alam, yang ingin menikmati udara segar sambil meneroka hutan hijau dengan melakukan aktiviti hiking dan jungle trekking di Bhutan.
#7 Kebanyakan Rakyat Bhutan Adalah Vegetarian
Majoriti rakyat di Bhutan merupakan pemakan sayur-sayuran atau vegetarian, menu harian mereka adalah berasaskan sayur-sayuran dan ada juga yang makan ayam. Gaya pemakanan yang sihat seperti ini merupakan amalan rakyat di Bhutan.
#8 Hanya Jual Produk Lokal
Seperti yang sedia maklum tiada restoran makan segera di Bhutan, begitu juga barangan produk yang lain. Di Bhutan mereka hanya menjual produk-produk lokal seperti kain sutera yang dibuat sendiri, barangan kraf, produk makanan dan juga aksesori.
#9 Negara Bebas Karbon
Bhutan merupakan satu-satu negara yang bebas gas karbon dan pencemaran, kerana negara mereka masih memiliki 72 peratus hutan bagi menapis gas karbon yang bebas di udara menerusi kenderaan.
Selain itu, di Bhutan juga tidak dibenarkan merokok jadi tiada asap-asap toksin yang boleh mencemarkan udara di Bhutan.
#10 Gross National Happiness Bermula Di Bhutan
Kalau nak tahu Bhutan merupakan negara pertama yang mengasaskan indeks Gross National Happiness (GNH) bagi mengukur kemajuan dan kebahagian rakyat di Bhutan.
Sememangnya hidden gem, bagi yang berpeluang berkunjung ke Bhutan kamu pasti teruja melihat keunikan negara ini, apatah lagi budaya dan gaya hidup yang menarik menjadikan Bhutan destinasi menarik untuk percutian♥.